saya nak baca ..

LUAR NEGARA


ARKIB : 13/03/2010

2 militan di Aceh mati ditembak, 8 ditahan


Polis memeriksa mayat seorang suspek militan selepas menembak mati dua yang disyaki militan dan menahan lapan yang lain dalam serangan di perkampungan Leupung, wilayah Aceh, semalam. - Reuters.


LEUPUNG, Indonesia 12 Mac - Dua orang yang disyaki militan ditembak mati dan lapan lagi ditahan hari ini dalam satu pertempuran di wilayah Aceh yang menjadi lokasi operasi antikeganasan oleh polis sejak bulan lalu.

"Dua terbunuh dalam serbuan antikeganasan di Aceh," kata ketua penyiasat polis Persekutuan, Itu Sumardi kepada pemberita.

Sumber polis di kawasan kejadian berkata, pertempuran bermula semasa polis memeriksa sebuah van kecil di sebatang jalan di kawasan Leupung, daerah Aceh Besar.

Dua lelaki melompat turun dari kenderaan itu dan melepaskan tembakan ke arah polis ketika cuba melarikan diri sebelum mereka ditembak mati selepas berbalas tembakan dengan polis.

Baki penumpang dalam van itu ditahan dan polis turut menemui lima laras senapang, sepucuk pistol semi-automatik dan 25 butir peluru. - AFP

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.