saya nak baca ..

LUAR NEGARA


ARKIB : 13/03/2010

2 letupan berani mati di Lahore, 45 maut

LAHORE, Pakistan 12 Mac - Dua pengebom berani mati melancarkan letupan ke atas kenderaan tentera dalam dua kejadian berasingan yang berlaku selang beberapa saat, di sini hari ini, mengakibatkan 45 orang maut dan mencederakan hampir 100 yang lain.

Letupan itu adalah serangan terburuk keempat di Pakistan pada minggu ini, gambaran peningkatan serangan oleh pihak militan.

Ketua Polis Lahore, Parvaiz Rathore berkata, kira-kira 10 individu yang terbunuh adalah askar.

Pengebom yang berjalan kaki bertindak menyerang RA Bazaar, kawasan kediaman dan perdagangan yang menempatkan kelengkapan beberapa agensi keselamatan.

Video yang diambil menggunakan telefon bimbit selepas letupan pertama menunjukkan ledakan api berwarna jingga meletup di jalan raya, lapor GEO TV, yang menyiarkan klip pendek video yang diambil Tabraiz Bukhari itu.

Tiada kumpulan mengaku bertanggungjawab berhubung kejadian itu setakat ini, tetapi ia disyaki dilakukan militan Taliban dan al-Qaeda di Pakistan. - AP

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.