saya nak baca ..

LUAR NEGARA


ARKIB : 13/03/2010

Penyokong Thaksin mula berkumpul di Bangkok

BANGKOK 12 Mac - Berpuluh-puluh ribu penyokong bekas Perdana Menteri Thailand yang digulingkan, Thaksin Shinawatra, mula berkumpul hari ini dengan memakai baju berwarna merah menjelang protes secara besar-besaran yang dirancang diadakan hujung minggu ini bertujuan menumbangkan kerajaan.

Kira-kira 6,500 penunjuk perasaan mengadakan demonstrasi awal di ibu negara Thai ini, dengan melaungkan selamat berjaya, sementara beribu-ribu lagi berkumpul di kawasan pedalaman di utara Bangkok sebelum menyertai perarakan besar-besaran Ahad ini.

Penganjur berkata, protes ini akan dijalankan secara aman, namun kerajaan telah mengarahkan 50,000 anggota pasukan keselamatan berkawal dan menguatkuasakan undang-undang lebih ketat yang membenarkan pihak berkuasa mengenakan perintah berkurung dan mengehadkan pergerakan.

"Saya akan menyertai demonstrasi ke arah demokrasi dan menamatkan ketidakadilan. Kami datang dengan kemahuan kami sendiri," kata Saket Khosri, 46, seorang suri rumah.

Protes itu diadakan dua minggu selepas Mahkamah Agung Thailand merampas aset Thaksin bernilai AS$1.4 bilion (RM4.6 bilion).

Protes itu merupakan babak baru krisis politik Thailand sejak rampasan kuasa pada 2006.

Thaksin yang kini menetap di Dubai untuk mengelak dipenjarakan atas kesalahan rasuah, hari ini meneruskan seruan kepada penyokongnya melalui Twitter agar menyertai demonstrasi hujung minggu ini.

Polis berkata, 14,000 penunjuk perasaan dalam perjalanan dari Chiang Mai ke Bangkok, manakala kira-kira 10,000 lagi sudah bertolak dari Udon Thani di timur laut Bangkok ke ibu negara ini.

Beribu-ribu yang lain berkumpul di beberapa wilayah, namun bilangan mereka masih belum dapat ditentukan. - AFP

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.