saya nak baca ..

REKREASI


ARKIB : 13/03/2010

Rakam imej dasar laut lebih teratur


PARA peserta kursus DUP diberi peluang merasai sendiri dan menggunakan kebanyakan peralatan fotografi dasar laut terkemuka sebagai persediaan.


KEBANYAKAN penyelam skuba kini pasti akan membawa bersama kamera dengan bekas kalis air untuk merakamkan pelbagai imej dasar laut ketika melakukan aktiviti mereka.

Ini juga disebabkan peralatan fotografi dasar laut yang semakin murah sehingga menyaksikan dalam 10 penyelam skuba, sembilan daripada mereka pasti akan membawa kamera dengan bekas kalis air.

Perkara ini mempunyai pro dan kontra di mana. Merakamkan imej dasar laut untuk memberi peluang kepada rakan-rakan yang tidak menyelam menyaksikan keindahan flora dan fauna indah marin adalah satu yang baik. Namun dalam mendapatkan imej berkenaan, tidak siapa yang tahu.

Ada di antara imej yang dirakamkan penyelam skuba diperoleh dengan cara yang salah malah ada juga yang mampu merosakkan alam sekitar marin itu sendiri.

Sebagai contoh paling muda ialah seorang penyelam skuba ketika mahu merakamkan gambar pasti akan memegang sesuatu untuk menstabilkan badan ketika menyelam dan objek yang dipegang kebanyakannya ialah batu karang yang rapuh.

Dan pastinya ia akan patah disebabkan tidak mampu menampung berat penyelam dan lebih parah ketika arus kuat.

Menyaksikan perkara itu, Persatuan Jurulatih Penyelam Profesional (PADI) turut mewujudkan kursus khusus kepada penyelam skuba yang sudah mempunyai sijil selam laut terbuka.

Dengan mengambil khusus Jurufoto Dasar laut Digital (DUP) ini, penyelam skuba bakal diajar mengenai do's & dont's ketika merakamkan imej di dasar laut.

Dengan cara itu, penyelam skuba bukan hanya dapat merakamkan imej yang hebat tetapi mampu memulihara alam marin untuk tatapan penyelam lain.

Selain itu kursus DUP yang memerlukan penyelam melakukan dua selaman praktikal akan mengajar mengenai revolusi kamera digital yang kini sudah mengambil alih kamera filem.

Malah, sistem kebanyakan kamera terkemuka juga akan diajar kepada peserta kursus bagi membolehkan penyelam skuba serasi dengan apa juga sistem kamera yang bakal dibeli.

Dengan memerlukan seorang penyelam mempunyai log 20 selaman sebelum boleh menyertai kursus DUP, peserta juga akan diterapkan cara PADI SEA iaitu shoot (rakam), examine (periksa) dan adjust (ubahsuai).

Cara ini mampu memberitahu kepada mereka yang tidak mempunyai asas fotografi bagaimana cara untuk merakamkan foto di dasar laut.

Ini berikutan tidak semua penyelam skuba yang membawa kamera ke dasar laut mempunyai asas dalam fotografi di darat.

Uniknya rakaman foto di dasar laut tidak sama dengan apa yang dilakukan di darat kerana penyelam skuba perlu memastikan keperluan selaman baik terlebih dahulu sebelum memastikan peralatan kamera dengan bekas kalis air turut baik.

Semasa di dalam air, seorang penyelam secara purata hanya mempunyai masa antara 40-50 minit untuk merakamkan apa juga imej sebelum terpaksa naik semula ke permukaan disebabkan tempoh masa sesuai yang ditetapkan semakin sedikit dan udara di dalam tangki semakin habis.

Keadaan objek yang menyorok di celah-celah karang juga menjadi antara halangan kepada jurufoto dasar laut untuk merakamkan imej. Namun dengan menyertai kursus BDUP peserta akan diterangkan dengan terperinci bagaimana satu-satu imej menarik itu dapat dirakamkan.

Kursus sehari dengan praktikal itu hanya dikenakan bayaran RM850 yang akan disertakan sekali manual mengenai kursus dari PADI dan juga kad DUP yang merupakan prestij kepada penyelam skuba untuk dikenali sebagai jurufoto dasar laut.

Hubungi mana-mana Pusat Selam Skuba PADI atau Dophin Sport Adventure di www.dolphinsportadventure.com atau 03-56301615.

Sebagai sebuah pusat selam skuba PADI 5 Bintang, peserta boleh menggunakan kemudahan kolam renang yang disediakan di Shah Alam.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:42
Zohor 1:03
Asar 4:25
Maghrib 7:00
Isyak 8:13



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.