saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 14/03/2010

Karikatur: Sweden diminta bertindak

KUALA LUMPUR 13 Mac - Kerajaan Malaysia hari ini mendesak kerajaan Sweden bertindak terhadap tiga akhbar negara itu kerana menerbit dan menyiarkan semula karikatur Nabi Muhammad SAW Rabu lepas.

Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman berkata Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya penyiaran karikatur itu.

"Malaysia memandang berat perbuatan yang amat menghina itu yang tidak menghiraukan sensitiviti dunia Islam, konon atas nama kebebasan bersuara.

"Perbuatan tidak bertanggungjawab sedemikian adalah bersifat provokatif dan menghina, oleh itu tidak dapat diterima sama sekali," kata beliau dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menteri itu mendesak kerajaan Sweden agar bertindak terhadap penerbitan seumpama itu bagi mengelakkan perbuatan tidak bertanggungjawab itu dari berulang pada masa depan.

Sementara itu Dewan Pemuda Pas mengutuk sekeras-kerasnya tindakan akhbar itu menghina menghina Nabi Muhammad SAW.

Ketuanya, Nasrudin Hassan turut melahirkan kekesalannya dengan tindakan negara-negara Eropah yang masih melakukan perkara tersebut.

Pemuda Pas akan menghantar memorandum bantahan kepada Kedutaan Sweden selepas sembahyang Jumaat pada minggu depan.

Lakaran karikatur yang menggambarkan kepala Nabi Muhammad SAW pada badan anjing, direka oleh pelukis Sweden Lars Vilks, 63, dan dikemukakan sebagai bahan pameran ke sebuah pusat warisan budaya Sweden.

Bagaimanapun, lakaran itu ditolak atas sebab-sebab keselamatan. Namun, sebuah akhbar Sweden kemudian menyiarkannya bersama sebuah editorial yang mempertahankan kebebasan bersuara yang membawa kepada bantahan negara-negara Islam dan Vilks menerima beberapa ancaman bunuh.

Rabu lepas, tiga akhbar Sweden menyiarkan semula karikatur itu. - BERNAMA

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.