saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 14/03/2010

Muzikal Gamat uji kemampuan Ziana & Misha


Misha Omar


ATAS kesedaran bahawasanya bumi dan laut semakin “sakit” angkara perbuatan manusia, Muzikal Gamat kembali menemui penonton mulai 12 hingga 22 Mac ini di Auditorium Pusat Pelancongan Malaysia (MTC) Kuala Lumpur.

Masih lagi mengekalkan muka-muka lama, Muzikal Gamat kali ini pasti gamat dengan kehadiran Ziana Zain dan Misha Omar, dua bintang besar dalam industri seni tanah air selain menampilkan Amy Mastura sebagai teraju utama.

Ziana tidak dapat menyembunyikan perasaan teruja apabila pertama kali bergandingan dengan pelakon-pelakon hebat lain terutama mereka yang pernah terlibat dengan Muzikal Gamat pada tahun lalu.

“Sebelum ini saya terlibat dengan teater Antara yang dipentaskan di Istana Budaya. Tapi Muzikal Gamat ini begitu istimewa kepada saya memandangkan ia memerlukan saya berlakon dan menyanyi dengan anak-anak kecil.

“Dalam teater ini saya memegang watak yang jarang sekali diberikan iaitu Ketua Obor-Obor. Ini yang membuatkan saya teruja.

“Bukan tak ada tawaran sebelum ini, tapi masa yang tak mengizinkan. Sejak dalam pantang lagi dah ada tawaran tapi saya tak mahu gelojoh kerana bimbang tak dapat memberikan sepenuh tenaga kepada pihak produksi,” jelasnya ketika ditemui baru-baru ini.

Tanpa berselindung, Ziana mengharapkan tahun ini menjadi tahun kebangkitan semula untuknya setelah lama berehat panjang selepas melahirkan anak tahun lalu.

Dalam teater ini juga dia turut sama dipertanggungjawabkan untuk menyanyikan beberapa buah lagu termasuklah Duk Duk, Obor-Obor, Kurita Pujaan, Gatal-Gatal, Mahkamah Bersidang dan banyak lagi.

“Seronok dapat merakamkan lagu kanak-kanak ini sebab bukan selalu kita dapat peluang sedemikian. Ini cabaran baru buat saya dan sudah semestinya ia mencabar saya.

“Menyanyi bukan sahaja untuk menghiburkan orang tetapi kali ini ia lebih untuk menarik minat kana-kanak untuk menyayangi dan menghargai alam sekitar dan laut supaya tak tercemar.

“Apa yang penting mesej yang ada di sebalik lagu dan lakonan saya. Saya cukup gembira andainya mereka yang hadir nanti mendapat manfaatnya,” katanya lagi.

Bagi penyanyi Misha Omar yang membawakan watak Ketua Buntal pula, dia menganggap Muzikal Gamat ini sebagai pemanas badan sebelum beraksi dalam teater Uda dan Dara yang akan dipentaskan di Istana Budaya pertengahan tahun ini.

Jelasnya sebelum ini dia sedikit kaget apabila menerima tawaran berlakon teater memandangkan cabaran yang bukan sedikit yang bakal dihadapinya nanti.

“Berlakon filem dan berlakon teater itu banyak bezanya. Kalau berlakon filem kita boleh ‘cut’ dan sambung balik. Tapi berlakon teater semuanya kena sempurna.

“Segala kesalahan dan cacat cela orang nampak. Saya masih belum bersedia sebelum ini. Tapi dengan adanya Muzikal Gamat ini saya mahu menjadikannya batu loncatan untuk saya lebih maju dalam bidang teater.

“Kalau nak dikira perasaan takut memang saya takut untuk berhadapan dengannya. Tapi sampai bila saya mahu bersikap begitu?

“Bila mula berlatih dengan semua pelakon, saya rasa diri saya sangat teruk. Masih banyak lagi yang perlu saya pelajari terutamanya aspek lakonan.

“Kadangkala rasa malu sendiri apabila kanak-kanak tersebut lebih pandai berlakon dari saya. Ini cabaran yang saya perlu hadapi. Saya juga tak mahu memperlihatkan kekurangan yang ada pada diri saya.

“Saya sangat berterima kasih kepada Zaifri Hussin selaku pengarah yang banyak memberi tunjuk ajar kepada orang baru seperti saya. Dia sentiasa sabar melayan kerenah saya selama menjalani latihan,” katanya.

Peminat-peminat yang ingin menyaksikan Muzikal Gamat boleh datang ke Pusat Pelancongan Malaysia (Mtc), Jalan Ampang, Kuala Lumpur.

Dapatkan tiket-tiket berharga RM50 dan RM22 dengan melayari www.muzikalgamat.blogspot.com atau hubungi 03-6186 6592 atau 012-297 7220 untuk maklumat lanjut.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:48
Zuhur 1:09
Asar 4:14
Maghrib 7:12
Isyak 8:21



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.