saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 15/03/2010

Kahwin lewat punca dapat anak sindrom down?


Mukhriz Tun Mahathir beramah mesra dengan Alisya Amira (kanan) dan Nur Iman Mustapha Kamal (dua kiri) sambil diperhatikan ibu mereka, Haslinda Haroon pada Majlis Ramah Mesra Bersama Persatuan Sindrom Down Kedah di Alor Setar, semalam. - utusan/Kamal Basir


ALOR SETAR 14 Mac - Trend semasa yang menyaksikan wanita lambat berkahwin dikhuatiri akan menjadi punca mendapat anak bermasalah kesihatan termasuk mengalami sindrom down.

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir berkata, meskipun belum ada kajian khusus mengenainya, kebarangkalian untuk mendapat anak seperti itu tetap ada dan perlu diberi perhatian oleh semua pihak.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Jerlun menegaskan, wanita yang melahirkan anak pada usia 40 tahun ke atas berdepan dengan risiko tertentu termasuk kebarangkalian melahirkan anak sindrom down.

"Saya berharap perkara ini diberi perhatian memandangkan trend semasa menyaksikan semakin ramai wanita lewat berkahwin dan mula membina keluarga pada usia 30 tahun ke atas.

"Tidak salah jika mereka hendak menimba ilmu setinggi yang mungkin atau membina kerjaya yang mantap tetapi pembinaan keluarga pada usia muda juga perlu diambil kira," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis ramah mesra Persatuan Sindrom Down Kedah (PSDK) di sini semalam.

Turut hadir pada majlis itu, Presiden Persatuan Sindrom Down Malaysia (PSDM), Wan Mohd. Hanizan Wan Ramlan dan Presiden PSDK, Dr. Norlida Mansor.

Sementara itu, Mukhriz yang juga Penaung PSDM berkata, beliau akan membangkitkan kepada kerajaan mengenai pemberian elaun RM150 sebulan kepada anak-anak sindrom down yang belajar di sekolah atau pusat latihan yang diiktiraf kerajaan.

Menurutnya, jumlah elaun itu dianggap sebagai tidak mencukupi berdasarkan kepada perkembangan semasa yang menyaksikan kos sara hidup telah meningkat.

Beliau mendapat maklum balas daripada para ibu bapa yang mempunyai anak sindrom down bahawa jumlah elaun itu perlu ditambah bagi meringankan beban mereka menghantar anak masing-masing ke sekolah khas atau pusat latihan dalam komuniti.

"Saya akan bangkitkan perkara ini dengan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dengan harapan ia akan diberi perhatian oleh kerajaan," katanya.

Pada majlis itu, Mukhriz menyeru semua ibu bapa yang mempunyai anak sindrom down agar menghantar mereka ke sekolah khas atau pusat latihan yang diiktiraf kerajaan bagi menimba ilmu dalam pelbagai bidang.

Katanya, mereka tidak seharusnya berputus asa atau mengalah dengan kerenah anak-anak tersebut sebaliknya menguatkan azam bagi memastikan masa depan anak sindrom down tidak terabai.

"Bagi mencapai matlamat ini, saya menyeru agar semua ibu bapa yang mempunyai anak istimewa ini mendaftar dengan PSDM atau Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi membolehkan kerajaan menyediakan rancangan bagi membantu mereka.

"Kita percaya masih ada lagi ibu bapa yang malu atau bersikap tidak apa atau tidak perlu sebagai alasan tidak menghantar anak ini ke sekolah atau berdaftar dengan PSDM atau JKM," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:18
Asar 4:31
Maghrib 7:24
Isyak 8:34



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.