saya nak baca ..

EKONOMI


ARKIB : 15/03/2010

Syarikat IT perlu perluaskan pasaran

HAMBURG Jerman 14 Mac - Syarikat teknologi maklumat tempatan (IT) digalakkan berkembang melangkaui sempadan negara ini kerana wujud potensi pasaran yang sangat besar.

Ini terbukti dari penyertaan sembilan syarikat tempatan di CeBIT, iaitu pameran perdagangan terbesar di dunia bagi penyelesaian IT digital dan telekomunikasi bagi rumah dan persekitaran tempat kerja.

Kesemua syarikat itu meraih jualan RM70.53 juta di pameran CeBIT selama lima hari yang diadakan mulai 2 Mac di Hannover, Jerman. Konsul Perdagangan/Pesuruhjaya Perdagangan Kanan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE), Sabri Abdul Rahman berkata, CeBIT adalah platform terbaik bagi syarikat-syarikat IT yang baharu bermula.

"Mereka digalakkan keluar negara untuk mendapatkan pembeli. Mereka mungkin tidak berani atau tidak tahu ke mana hendak ditujui selama ini," katanya kepada Bernama.

MATRADE menganjurkan penyertaan Malaysian pada CeBIT tahun ini pada peringkat pavilion nasional.

Empat daripada syarikat itu ditaja oleh Cyberview, iaitu AKRIZ Sdn. Bhd., Motiofixo Sdn. Bhd., Rapid Matrix Sdn. Bhd. dan Fabtronic Sdn. Bhd.

Yang lain ialah Cyberview sendiri, Celframe Dynamics Sdn. Bhd., Strategic Petro Sdn. Bhd., ZPMC Techcon Sdn. Bhd. dan Basis Bay Sdn. Bhd. Sambil mendapat pendedahan di pasaran Jerman, Sabri berkata, CeBIT turut mendedahkan mereka kepada seluruh Eropah dan global.

"Kita terlibat di dalam persaingan IT dunia. India kini telah teguh dan China sedang meningkat naik." "Ekonomi global dijangka bertambah baik daripada tahun lepas dengan keyakinan pengguna yang lebih tinggi. Dengan itu, kita jangan hadkan pasaran. Kita sepatutnya memasuki ke pasaran berkenaan."

Kumpulan sasaran utama CeBIT ialah pengguna dari industri itu, sektor pemborongan/peruncitan, perdagangan kemahiran, bank, sektor perkhidmatan, agensi kerajaan, sains dan kesemua pengguna di dalam sektor teknologi.

CeBIT menawarkan satu platform antarabangsa bagi dilakukan perbandingan mengenai trend industri, aktiviti jaringan dan persembahan produk.

Menurut Sabri, kesemua syarikat itu melahirkan minat masing-masing untuk mengambil bahagian lagi di dalam CeBIT.

"MATRADE berharap untuk menghulurkan bantuan kepada lebih banyak syarikat untuk mengambil bahagian di dalam CeBIT tahun depan kerana pembeli berpotensi sudah tentu akan turut hadir," katanya

Kecuali bagi Cyberview, Basis Bay dan Celframe, enam syarikat yang lain melakukan penyertaan bagi kali pertama di CeBIT.

AKRIZ yang mempamerkan saiz sebenar simulator penerbangan yang canggih dengan pergerakan 6-axes, telah menjadi daya penarik pengunjung ke Pavilion Malaysia, kata Sabri.

CeBIT di Hannover adalah anjuran Deutsche Messe AG pada setiap Musim Bunga sejak 1986. - Bernama

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.