saya nak baca ..

KAMPUS


ARKIB : 16/03/2010

Tun Zaki dilantik Profesor Adjung UiTM

KUALA LUMPUR 15 Mac - Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Tun Azmi (gambar) dilantik sebagai Profesor Adjung Fakulti Undang-Undang Universiti Teknologi Mara (UiTM) untuk tempoh dua tahun bermula 15 Februari lalu.

Dekan Fakulti Undang- Undang UiTM, Prof. Madya Saudah Sulaiman berkata, pihak fakulti berbesar hati di atas persetujuan Zaki untuk menerima pelantikan itu.

''Ia memandangkan adalah julung kali seorang Ketua Hakim Negara yang mengetuai badan perundangan tertinggi negara dilantik menjadi Profesor Adjung di Fakulti Undang-Undang UiTM.

''Persetujuan Tun Zaki amat besar ertinya buat Fakulti Undang-Undang, UiTM dalam usaha menjadikan fakulti itu tersohor bukan sahaja di Malaysia malah di dunia," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini.

Saudah berkata, antara tugas dan tanggungjawab Profesor Adjung adalah:

  • Memberi kuliah dan seminar kepada fakulti, menjadi tenaga pengajar dan kakitangan pengurusan serta pentadbiran dalam bidang undang-undang.
  • Memberi nasihat dan bimbingan terhadap perkembangan kurikulum di samping pembangunan akademik Fakulti Undang-Undang.
  • Memberi sumbangan dalam meningkatkan imej keunggulan UiTM dan Fakulti Undang-Undang sebagai institusi yang berprestij di dalam dan di luar negara selaras dengan perkembangan terkini undang-undang.
  • Merapatkan lagi rangkaian hubungan UiTM dengan organisasi yang mempunyai kaitan dengan profession undang-undang di dalam dan luar negara.
  • Menjadi pakar rujuk kepada Fakulti Undang-Undang dan membuat penyelidikan bersama dengan pensyarah fakulti.
  • Zaki dilahirkan pada 12 September 1945 di Alor Setar, Kedah. Beliau mendapat pendidikan awal di Kolej Sultan Abdul Hamid, Alor Setar, Sekolah Anderson, Ipoh, English College, Johor Bahru.

    Pada 1969, beliau telah melanjutkan pelajaran di Lincoln's Inn, London dan dianugerahkan Barrister-at-Law.

    Kongsi Konten di :

    Waktu Solat Kuala Lumpur
     
    Subuh 5:52
    Zuhur 1:17
    Asar 4:27
    Maghrib 7:22
    Isyak 8:32



     

    Dengar SuriaFM
    Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
    Riuh Rio Brazil 2014
    Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
    Tragedi Pesawat MH370
    Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
    KE7B Greenland 2014
    Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






    MENARIK
    Ruang iklan percuma hartanah, produk
    Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
    Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
    Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
    Aduan sukar dapat naskhah akhbar
    Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
    Gambar kahwin Album Raja Sehari
    Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
    Mari baca Utusan Melayu Mingguan
    Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
    SMS News Alert Utusan Malaysia
    Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.