saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 16/03/2010

Biarkan saya berehat – Azean

KUALA LUMPUR 15 Mac – “Tolonglah. Biarkan Kak Yan berehat. Sejak Khamis lalu, Kak Yan tidur tak lena. Kepala dan badan teramat sakit. “Kak Yan tak mahu sakit lama Kak Yan (kanser) berulang.”

Demikian rayu dramatis terkenal, Azean Irdawaty tau Kak Yan yang meminta semua pihak agar tidak mengganggunya dengan bertanyakan tentang berita penangkapan anaknya, Khaeryll Benjamin Ibrahim, 32, atau Benjy.

Kata Azean, apa yang dilaluinya ketika ini ibarat ‘mimpi ngeri’ dan dirinya masih terlalu lemah untuk berbicara mengenai Benjy.

“Kak Yan tidak mahu stres. Bukan Kak Yan mengelak (bicara tentang Benjy) kerana malu atau takut.

“Cuma Kak Yan tidak mahu ambil risiko,” katanya melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Pada 12 Mac lalu, Benjy ditahan bersama seorang wanita kerana disyaki mempunyai kaitan dengan penemuan sebuah makmal mini memproses dadah di Kepong.

Semasa ditahan, polis juga menemui 850 gram kokain bernilai RM650,000 dan 140 gram syabu bernilai RM2,000 di kondominium tersebut.

Kedua-dua suspek direman selama tujuh hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Benjy telah mendirikan rumah tangga dan dikurniakan seorang cahaya mata.

Pelakon itu juga pernah memenangi anugerah pelakon lelaki terbaik (telefilem) pada Anugerah Skrin beberapa tahun lalu.

Ujar Azean, sebelum ini dia sudah berhabis beratus ribu ringgit untuk menjalani rawatan kanser.

“Kalau Kak Yan stres dan penyakit lama berulang, Kak Yan tidak mampu berubat lagi. Duit pun sudah habis.

“Lagipun, dada Kak Yan macam hendak pecah. Oleh itu, biarlah Kak Yan berehat dahulu. Sekarang masih lemah (untuk berbicara). Insya-Allah, mungkin sikit hari lagi,” jelasnya.

Mengenai cucunya yang berusia empat tahun iaitu anak Benjy, Firdauz Juan Khaeryll Benjamin, Azean berkata, cucunya itu sentiasa mencari dan bertanyakan mengenai Benjy.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:42
Zohor 1:03
Asar 4:26
Maghrib 7:00
Isyak 8:14



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.