saya nak baca ..

MUKA HADAPAN


ARKIB : 17/03/2010

Ka Ting tanding Presiden MCA

KUALA LUMPUR 16 Mac - Kemelut MCA memasuki babak baru dengan kemunculan semula Tan Sri Ong Ka Ting untuk bertanding merebut jawatan presiden pada pemilihan baru parti pada 28 Mac ini.

Bekas Presiden MCA itu mengumumkan perkara tersebut hari ini sekali gus mengesahkan spekulasi bahawa beliau akan menentang penyandang jawatan itu, Datuk Seri Ong Tee Keat.

Menurut Ka Ting, beliau menerima banyak permintaan daripada perwakilan, veteran dan ahli MCA menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS), e-mel dan telefon supaya muncul semula dan bertanding merebut jawatan nombor satu itu.

Justeru katanya, beliau memutuskan akan bertanding bagi menstabilkan keadaan dan menangani masalah dalaman parti secepat mungkin.

''Saya percaya permintaan mereka itu didorong oleh perasaan sayangkan parti. Kepada semua ahli yang prihatin dan sayangkan parti, saya dengar (permintaan) anda, lantang dan jelas.

''Dengan itu saya mengumumkan pencalonan saya bagi jawatan presiden pada pemilihan baru parti akan datang,'' katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sebagai bekas presiden kata Ka Ting, beliau sedih dengan kemelut yang melanda MCA.

Kata Ka Ting, apabila mengumumkan hasratnya untuk tidak bertanding pada 28 Jun 2008, beliau menyangka telah meninggalkan parti itu kepada mereka yang bertanggungjawab dalam keadaan selamat dan bersatu.

Bagaimanapun kata beliau, keadaan sebaliknya berlaku dan krisis dalaman parti itu bukan sahaja menyebabkan ahli-ahli berasa malu, malah masyarakat Cina hilang kepercayaan terhadap MCA.

''Apa yang membuatkan saya sedih, budaya politik yang sihat, pengurusan yang baik dan semangat kerjasama dalam kepimpinan semasa saya menjadi presiden kini menjadi sejarah sebaik sahaja saya bersara,'' katanya.

Menurutnya, semasa beliau mengambil alih kepimpinan parti pada Mei 2003, salah satu tugas yang dilakukan ialah meminda Perlembagaan MCA dengan mengehadkan tempoh memegang jawatan selama sembilan tahun selain membaiki sistem kewangan menjadikan parti bebas daripada hutang.

''Bagaimanapun, ada beberapa kelemahan yang perlu dibaiki. Justeru terdapat keperluan segera untuk memperbaiki keadaan ini,'' katanya.

Jelasnya, orang ramai menganggap krisis dalaman MCA merupakan perselisihan di antara pemimpin tertentu dalam parti bagi mempertahankan kepentingan diri sendiri .

"Masalah dalaman MCA telah membazirkan banyak masa parti. Ia sepatutnya digunakan untuk menguatkan parti dan mengembalikan kepercayaan masyarakat Cina terhadap MCA,'' jelasnya.

Menurutnya, jika krisis dalaman MCA berterusan, pemimpin-pemimpinnya tidak akan dapat mengukuhkan parti dan keadaan itu boleh menyebabkan krisis MCA menjadi lebih serius sehingga ia boleh dibubarkan.

Kemelut MCA berlarutan apabila mesyuarat agung luar biasa (EGM) parti itu Oktober tahun lalu meluluskan usul undi tidak percaya terhadap Tee Keat dan timbalannya, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek yang dipecat daripada jawatan tersebut.

Ekoran itu, naib presidennya, Tiong Lai dilantik timbalan presiden, bagaimanapun selepas itu Soi Lek disahkan oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS) masih memegang jawatan tersebut.

Pada hujung tahun lalu Tiong Lai dan beberapa ahli Jawatankuasa Pusat (CC) MCA yang menyokongnya meletak jawatan diikuti tindakan sama oleh Soi Lek serta tujuh ahli CC yang menyokongnya berkuat kuasa 4 Mac lalu bagi membolehkan pemilihan baru parti diadakan bagi menyelesaikan kemelut itu.

Berikutan itu, Tee Keat mengumumkan akan mempertahankan jawatan presiden manakala lapan bahagian MCA Johor mencalonkan Ka Ting untuk jawatan itu.

Kongsi Konten di :

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.