saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 17/03/2010

Bomba tawar 1,451 jawatan kosong

KUCHING 16 Mac - Jabatan Bomba dan Penyelamat menawarkan 1,451 jawatan kosong pelbagai pangkat untuk diisi rakyat negara ini.

Ketua Pengarahnya, Datuk Hamzah Abu Bakar berkata, generasi muda terutamanya lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) digalakkan untuk membuat permohonan secara atas talian menerusi laman sesawang Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).

Katanya, selain lepasan SPM, lepasan diploma dan ijazah juga digalakkan untuk memohon kerana Jabatan Bomba dan Penyelamat kini mempunyai banyak unit yang boleh disertai mereka.

''Kita mempunyai pelbagai unit yang boleh disertai termasuk jawatan juruterbang yang memerlukan mereka yang berpengetahuan dan berkelayakan dalam bidang Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris.

''Sehubungan itu kita menyeru anak-anak muda atau orang awam yang berminat untuk membuat permohonan secara atas talian menerusi laman sesawang SPA," katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menghadiri Majlis Tamat Latihan Kursus Asas Sains Kebombaan Siri Ke-13/2009 bertempat di Kompleks Ibu Pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri di Tabuan Jaya di sini.

Dalam perkembangan lain, Hamzah memberitahu, Jabatan Bomba dan Penyelamat akan memasukkan kembali rancangan untuk membina sebuah pangkalan udara di negeri ini dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10).

Jelas beliau, cadangan pembinaan pangkalan itu di Kuching pernah dibuat dalam RMK-9 namun kekurangan peruntukan berikutan masalah ekonomi yang dihadapi negara menghalang usaha itu.

Menurutnya, pangkalan berkenaan sekiranya siap akan membantu usaha jabatan dalam tugas mencari dan menyelamat termasuk memadam kebakaran hutan di negeri ini sehingga ke Sabah.

''Saya akan masukkan lagi permohonan lanjutan dan kos pembinaannya hanya akan diketahui sekiranya permohonan itu diluluskan kelak," katanya.

Sementara itu, Hamzah berkata, Jabatan Bomba dan Penyelamat akan memiliki dua buah lagi helikopter dari jenis Agusta AW139 Jun ini.

Beliau menambah, helikopter itu merupakan antara perolehan terbaru untuk jabatan berkenaan di bawah RMK-9 menjadikan jabatan itu mempunyai lapan buah helikopter tidak lama lagi.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zohor 1:13
Asar 4:36
Maghrib 7:10
Isyak 8:24



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.