saya nak baca ..

KAMPUS


ARKIB : 17/03/2010

Kemahiran sebagai jaminan kerjaya cemerlang


Persijilan yang diperoleh dari Institut ditauliahkan terus dari Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia.


SEJURUS selepas keputusan peperiksaan diumumkan, pastinya ratusan ribu pelajar-pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) akan mulai sibuk menetapkan hala tuju masing-masing dengan memilih destinasi pengajian mahupun kerjaya yang ingin diceburi selepas ini.

Pastinya faktor minat, kemampuan diri berdasarkan pencapaian yang diraih mahupun tawaran yang datang bakal dijadikan pertimbangan bagi membuat keputusan, sama ada ingin meneruskan masa hadapan dengan melanjutkan pengajian ataupun mula bekerja kelak.

Pengetua sebuah kolej pendidikan swasta yang terkemuka di Lembah Klang berkata, majoriti pelajar-pelajar lepasan SPM dan STPM, biasanya sudah memikirkan dan merancang hala tuju masing-masing semasa empat bulan menunggu keputusan peperiksaan diumumkan dan sebilangan besar pastinya memasang cita-cita untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.

Menurut beliau lagi, hampir 90 peratus daripada pelajar-pelajar yang baru menamatkan persekolahan akan memilih jurusan pengajian bersandarkan kepada faktor populariti, trend dan ikutan semata-mata sahaja tanpa menimbangkan keperluan dan permintaan terhadap mereka di dalam bidang kerjaya selepas lima hingga 10 tahun daripada sekarang.

Tambahan persepsi ini bukan sahaja membelenggu pemikiran pelajar-pelajar sahaja, malahan turut diikuti oleh sebilangan besar ibubapa mereka. Ibu bapa hanya mementingkan anak-anak mendapat segulung ijazah ataupun diploma sahaja, tidak kira dalam bidang mana asalkan ia boleh dibanggakan dan diketahui umum.

Kaunselor program Institut Generasi, Suhaila Osman ketika ditemubual melontarkan pandangan beliau terhadap isu ini, soal kelulusan dan sijil pasti menjadi satu kemestian yang perlu dipertimbangkan oleh para pelajar namun harus diingat globalisasi kerjaya yang sangat mencabar sekarang memerlukan seorang pelajar yang bukan sahaja memiliki kelulusan di atas kertas malah mempunyai bakat dan juga kemahiran yang mencukupi.

Lantas, 95 peratus majikan pada hari ini lebih menitikberatkan aspek kemahiran dan juga pengalaman yang dimiliki oleh seseorang bakal pekerja berbanding kelulusan akademik semata-mata.

Sebilangan pelajar hari ini dilihat mudah terpengaruh dengan rakan-rakan dalam membuat keputusan berkaitan bidang pengajian yang akan diikuti dan kebanyakan pelajar terutamanya di kalangan bumiputera lebih cenderung untuk memilih jurusan yang senang untuk lulus, bukannya bidang yang mudah untuk membangunkan sebuah kerjaya yang stabil bagi tempoh masa yang panjang.

Suhaila turut melahirkan kebimbangannya, kerana kadang kala pelajar terjebak dengan hutang pengajian yang terlalu tinggi berbanding permintaan yang sangat terhad terhadap bidang atau jurusan yang diambil.

Tenaga kerja

Institut Generasi, sebuah pusat bertauliah oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia menyahut seruan kerajaan di dalam melahirkan tenaga kerja mahir bagi memenuhi permintaan majikan-majikan sektor awam dan korporat bagi mendapatkan tenaga profesional di dalam sektor perkhidmatan pejabat dan juga teknologi maklumat (pengaturcaraan).

Berpengalaman selama 11 tahun di dalam industri pendidikan, Institut Generasi membuka ruang kepada semua ibu bapa yang ingin menghantar anak-anak lepasan SPM & STPM bagi melanjutkan pengajian di dalam bidang kemahiran ataupun vokasional. Pastinya pembelajaran yang berbentuk praktikal memberikan nilai tambah kepada pelajar yang tidak menggemari pembelajaran secara "teori" semata - mata disamping memberikan mereka kelebihan apabila bekerja kelak.

Bagi memastikan graduan yang tamat pengajian akan memperoleh pilihan kerjaya yang meluas dan terjamin, Institut hanya menawarkan bidang - bidang pengajian yang mempunyai profesion kerjaya yang tidak bernokhtah iaitu Kesetiausahaan & Pengurusan Pejabat serta Teknologi Maklumat & Pembangunan Laman Web.

Tambah beliau, individu yang mengimpikan kerjaya cemerlang kini sudah bijak memilih bidang pengkhususan mengikut kehendak majikan, dimana walaupun terdapat banyak bidang-bidang yang berbeza namun pelajar dan ibu bapa masih menjadikan bidang-bidang ini sebagai bidang pilihan pertama.

Bagi yang berminat di dalam bidang pengurusan serta pentadbiran pejabat mereka boleh mengikuti bidang Kesetiausahaan dan Pengurusan Pejabat yang membolehkan graduan mencipta karier sebagai seorang setiausaha, pegawai khas, pembantu peribadi, ketua kerani, pembantu tadbir, pegawai tadbir, pensyarah di dalam bidang Kesetiausahaan & Pengurusan, pentadbir organisasi, koordinator serta penasihat organisasi.

Manakala bagi pelajar-pelajar yang ingin menceburi profesion sebagai seorang pengaturcara komputer, juruanalisis sistem, pegawai IT, sokongan teknikal & rangkaian, pereka laman web, pensyarah IT serta membuka perniagaan berasaskan IT boleh mengikuti bidang Teknologi Maklumat & Pembangunan Laman Web.

Menariknya, persijilan yang diperoleh ditauliahkan terus dari Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia. Pelajar boleh melanjutkan pengajian dalam bentuk tahap demi tahap daripada peringkat sijil sehinggalah ke peringkat diploma. Suhaila turut memaklumkan bahawa pelajar boleh mengikuti pengajian mengikut tahap yang diingini agar mereka boleh terus mencuba bidang pekerjaan terlebih dahulu dan kemudian, apabila mempunyai kemampuan yang lebih tinggi boleh menyambung ke tahap yang lebih tinggi sehinggalah ke peringkat Diploma Kemahiran Malaysia.

Mengejutkan apabila dimaklumkan bahawa demi memastikan kualiti program yang ditawarkan terjamin dan dikekalkan maka pengambilan hanya dibuka sekali di dalam setahun iaitu pada bulan Jun 2010.

Jadi bagi sesiapa yang berminat untuk mengikuti program ini, pastinya Institut Generasi menjadi pilihan nombor satu di Malaysia, selaras dengan wawasannya membentuk barisan pelajar yang mempunyai kemahiran, sekali gus membekalkan tenaga kerja mahir untuk majikan-majikan di sektor awam dan swasta di Malaysia.

Bagi mengelakkan daripada terlepas peluang ini, Institut Generasi mengesyorkan kepada ibu bapa dan juga pelajar-pelajar lepasan SPM & STPM yang berminat supaya datang terus ke Institut Generasi yang beralamat di 51-53, Jalan Leboh Ampang, Kuala Lumpur (berhampiran LRT Masjid Jamek, Kuala Lumpur) sebelum 30 Mac 2010 untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai kursus yang ditawarkan. Sebarang pertanyaan sila hubungi kami di talian 03-2070 4081.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zohor 1:12
Asar 4:35
Maghrib 7:09
Isyak 8:23



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.