saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 18/03/2010

i-KWAN bidas'kurung' wartawan

SEREMBAN 17 Mac - Kelab Wartawan Negeri Sembilan (i-Kwan) membidas tindakan pengusaha sebuah kilang memproses ayam di Pedas, Rembau yang 'mengurung' 12 pegawai dari dua agensi penguatkuasaan serta pihak media dalam premis mereka, semalam.

Presidennya, Ainol Amriz Ismail berkata, tindakan itu adalah keterlaluan dan tidak bertanggungjawab apabila pengusaha berkenaan bertindak mengunci pagar premis dan tidak membenarkan kesemua yang terlibat keluar dari kawasan terbabit.

''Tiga wartawan dan dua jurukamera, yang merupakan ahli kelab ini telah 'dikurung' bersama 12 pegawai dari dua agensi penguatkuasaan. Perbuatan itu kami lihat amat serius dan satu penghinaan terhadap kerjaya kewartawanan

''Wartawan dan jurukamera mengikuti satu operasi. Mereka menjalankan tugas yang diamanahkan. Malangnya, kesemua yang mengikuti operasi itu pula yang 'dikurung'.

''Biarpun, mereka 'dilepaskan' lebih awal, kelab mengutuk perbuatan yang dibuat oleh pengusaha kilang berkenaan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Dalam kejadian semalam, 12 pegawai dari dua agensi penguatkuasaan iaitu Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) yang membuat pemeriksaan dan serbuan di premis berkenaan pada pukul 5.30 petang telah 'dikurung' sebelum 'dibebaskan' kira-kira pukul 8 malam semalam.

Ainol turut menjelaskan, biar apa pun alasan yang diberikan oleh pengusaha berkenaan, mereka sewajarnya lebih rasional apabila berhadapan situasi tersebut.

''Kami pernah membuat liputan perasmian kilang tersebut dan mereka amat baik. Ketika itu mereka menghargai wartawan dan jurukamera. Waktu itu, mereka tidak pula menghalang pengamal media ini daripada membuat liputan,'' tegasnya.

''Hari ini apabila mereka berhadapan masalah, media yang dahulunya membantu menyiarkan berita perasmian kilang, dilihat sebagai 'lawan'. Ini satu yang tidak boleh kami terima," tegas Ainol.

Sehubungan itu, i-Kwan mahu pengusaha kilang memproses ayam berkenaan memohon maaf kepada wartawan dan jurukamera yang 'dikurung' sewaktu operasi yang dilakukan oleh Jakim dan KPDNKK sebelum laporan dibuat kepada Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan, selaku penasihat kelab ini.

''Kelab i-Kwan memandang serius apa juga tindakan, tohmahan, cubaan mengugut mahupun 'mengurung' wartawan, jurukamera, jurufoto serta pengamal media di negeri ini oleh mana-mana pihak yang tidak bertanggungjawab.

''Kami berharap kejadian seumpama itu tidak berulang lagi kerana pengamal media akan melaporkan terus apa juga operasi, tragedi, berita dan rencana berteraskan kepentingan rakyat, lebih-lebih lagi dalam soal halal dan haram ini," kata Ainol.

//habis

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.