saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 18/03/2010

Gamat 2 lebih mesra penonton


SALAH satu adegan Gamat 2 yang kini sedang dipentaskan di MaTiC, Jalan Ampang, Kuala Lumpur sehingga 22 Mac ini.


TANYALAH kepada sesiapa saja yang ingin mementaskan teater mahupun konsert, pastinya Panggung Sari, Istana Budaya (IB) menjadi pilihan pertama. Dengan infrastruktur dan kemudahan yang disediakan di panggung bertaraf dunia itu, se pastinya tiada siapa yang mahu melepaskan peluang.

Apatah lagi, jika produksi itu mendapat sambutan yang cukup hangat sehingga perlu dipentaskan semula untuk musim seterusnya, ia melambangkan satu kejayaan buat produksi berkenaan.

Tetapi, lain pula perihal dengan teater muzikal Gamat musim kedua (Gamat 2) yang mula dipentaskan bermula 12 Mac lalu.

Daripada sebuah panggung bertaraf dunia, Gamat 2 kini berpindah ke pentas yang lebih kecil sehingga menimbulkan pelbagai persoalan.

Jika masih ada yang belum tahu, Gamat 2 kini dipentaskan di Dewan Tunku Abdul Rahman, Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC), Jalan Ampang, Kuala Lumpur bermula 12 Mac lalu sehingga 22 Mac ini.

Sudah pasti akan ada yang bertanya mengapakah musim kedua tidak dipentaskan di IB seperti produksi yang lain bagi mengekalkan atmosfera sama buat penonton.

Menjawab persoalan ini, penerbit Gamat 2, Siti Rohayah Attan menjelaskan pertukaran lokasi adalah disebabkan faktor bajet yang tidak mengizinkan produksinya untuk mementaskan semula Gamat di IB.

Kerana itulah, Siti Rohayah berpendapat adalah lebih sesuai untuk Gamat 2 dipentaskan di MaTIC seiring dengan matlamatnya yang mahukan teater muzikal itu lebih dekat kepada penonton.

"Sudah menjadi adat dalam setiap produksi saya apabila saya akan mementaskan semula teater di tempat yang berbeza.

"Bagi saya, memadai hanya sekali sahaja untuk saya mementaskan karya saya di IB dan beralih pula ke lokasi yang lain.

"Jujurnya, kalau diperhatikan, pementasan di lokasi seperti MaTIC, suasananya sedikit berbeza di mana kita dapat melihat para pemainnya lebih dekat dengan penonton.

"Ini juga secara tidak langsung mesej yang hendak disampaikan kepada audiens akan menjadi lebih jelas," katanya ketika ditemui sejurus selepas pratonton Gamat 2 di MaTIC, baru-baru ini.

Bukan itu sahaja, ia juga dapat menguji kredibiliti para pelakon teater muzikal kanak-kanak ini melontarkan vokal masing-masing tanpa menggunakan mikrofon.

Ini katanya, kehebatan seseorang pelakon itu dapat dinilai dengan cara mereka melontarkan ekspresi masing-masing bagi mempamerkan penghayatan watak.

Berpeluang menonton Gamat 2, baru-baru ini tidak dinafikan perjalanan ceritanya sedikit berbeza dengan musim pertamanya.

Jika musim pertama Gamat mengambil pendekatan tentang isu kekeluargaan dan juga alam sekitar, namun untuk musim kedua ini ia lebih menonjolkan tentang kekuasaan serta kehebatan gamat itu sendiri.

Ini dapat dibuktikan dengan kemunculan watak Profesor Gamat yang dilakonkan oleh Nazri Ahmad yang bertindak sebagai pencerita tentang khasiat gamat.

"Kami melihat segala kelemahan pada musim pertama dan cuba perbaiki untuk musim kedua ini.

"Namun, mesej utama iaitu tentang isu kekeluargaan dan alam sekitar tetap diterapkan dalam musim kedua ini kerana kami mahu mengekalkan keaslian jalan ceritanya.

"Di samping itu juga rekaan set kali ini juga perlu diubah bagi menyesuaikan dengan keadaan pentas di MaTiC," kata Siti Rohayah yang memperuntukkan tambahan RM30,000 untuk set yang baru dalam Gamat 2.

Jelasnya lagi, semuanya adalah kerana set tersebut merupakan hasil lukisan tangan oleh pereka set pentas bersama anak-anak buahnya yang begitu teliti dalam penghasilan kerja-kerja mereka.

Dalam masa yang sama, aktivis teater ini juga melahirkan rasa bertuah apabila mendapat penajaan daripada syarikat Healwell Pharmaceuticals Sdn. Bhd menerusi produknya, House of Healin.

Bukan itu sahaja, dia juga turut gembira dengan sambutan yang diberikan apabila hampir 90 peratus tiket sudah habis dijual.

Menyentuh soal lakonan pula, Siti Rohayah ternyata berpuas hati dengan komitmen serta mutu lakonan para pelakonnya yang berjaya menghidupkan watak masing-masing.

Memang ada kebenaran kata-katanya kerana pelakon Gamat 2 tidak menghampakan baik pelakon asal mahupun yang baru.

Sekalung tahniah harus diberikan kepada Misha Omar dan Ziana Zain yang memegang watak sebagai Ketua Ikan Buntal serta Ketua Obor-Obor kerana lakonan bersahaja mereka telah mengundang hilai tawa penonton di dalam dewan.

Watak Ketua Ikan Buntal di tangan Misha amat menjadi sekali dan kelucuan itu timbul apabila Misha menggunakan dialek Kelantan sepanjang pementasan teater.

Biarpun pertama kali berlakon teater, Misha membuktikan dia mampu untuk terus bergelar seorang pelakon teater.

Begitu juga dengan Ziana yang hadir dengan karakter tersendiri sebagai watak antagonis dan berjaya mencuri tumpuan audiens pada malam tersebut.

Bagi mereka yang mahu menonton Gamat 2, tiket-tiket berharga RM22 dan RM50 masih lagi dijual.

Khusus bagi mereka yang membeli tiket RM50, anda berpeluang untuk mendapat buku cenderamata dan bertemu serta menikmati jamuan ringan bersama pelakon Gamat 2.

Sebarang pertanyaan dan pembelian tiket, boleh menghubungi talian 03-6186 6592 / 012-297 7220 / 017-871 6060 / 03-5569 5569 atau melayari laman web rasmi, muzikalgamat.blogspot.com

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:42
Zohor 1:18
Asar 4:44
Maghrib 7:27
Isyak 8:43



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.