saya nak baca ..

FEMININ


ARKIB : 19/03/2010

Santai di Changkir Kasturi


Baju dan tudung di antara yang dijual di Cangkir Kasturi.


PERNIAGAAN yang berkonsep butik kafe semakin mendapat tempat di kalangan masyarakat dengan butik dan kafe digabungkan.

Sambil berniaga makanan, pemiliknya boleh juga berniaga pakaian atau barangan lain.

Bagi pelanggan pula, mereka boleh membeli barangan atau pakaian dan pada masa sama dapat menikmati makanan serta minuman di tempat yang sama. Cara dua dalam satu ini lebih menjimatkan masa, tenaga dan wang.

Tertarik dengan konsep perniagaan butik kafe ini, Zaida Abdul Aziz tekad membuka Changkir Kasturi, sebuah butik kafe kecil yang memang menjadi idamannya selama ini.

''Sebelum membuka butik kafe ini lagi saya memang menerima tempahan membuat kek perkahwinan, kek cawan, biskut dan sebagainya. Segala-galanya saya buat di rumah dan pelanggan akan datang ke rumah.

''Namun dengan adanya butik kafe ini saya boleh meluaskan perniagaan saya dengan menjual produk kek saya di kafe ini dan lebih ramai pelanggan dapat merasai kek yang yang saya buat,'' kata Zaida semasa ditemui di Changkir Kasturi yang terletak di Setapak Indah, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Beliau yang sering berulang-alik ke luar negara turut meletakkan pelbagai barangan lain seperti pelbagai jenis kerepek tradisional, baju, telekung, tudung, aksesori dan sebagainya di butik kafe yang baru sebulan dibuka ini.

Menurut Zaida, pada awalnya beliau bercadang untuk membuka sebuah butik yang sederhana sahaja namun oleh kerana lokasi ini terletak di kawasan perumahan maka pelanggan adalah agak terhad.

Lagipun lokasi ini begitu hampir dengan pusat perniagaan. Justeru beliau mengambil keputusan untuk membuka butik kafe sahaja.

''Walaupun baru sebulan dibuka namun saya lihat semakin ramai pelanggan yang suka dengan konsep butik kafe ini kerana mereka boleh membeli barangan dan makan minum di sini dalam keadaan santai. Di kawasan sini pun masih belum ada lagi butik kafe lain.

''Jika pelanggan mahukan makanan yang ringan, mereka boleh menikmati kerepek simpul kasih, rempeyek, maruku atau kerepek bawang. Saya turut menyediakan mi dan bihun goreng, kue tiau goreng, spageti dan sardin roll yang saya pek di dalam bekas plastik. Ada yang makan di sini, bawa balik ke rumah atau makan di pejabat.

''Tidak lama lagi, saya akan turut menjual pelbagai jenis biskut tradisional yang dibuat di rumah dari Kedah. Rasa biskut ini memang sedap kerana dibuat oleh suri-suri rumah mengikut resipi turun-temurun,'' ujar Zaidah yang juga pemborong kerepek dan kuih tradisional.

Kata Zaidha, beliau memilih konsep terbuka bagi Changkir Kasturi supaya pelanggan tidak takut untuk masuk ke dalam dan mereka tidak ragu-ragu untuk membeli kerana bimbang barangan yang dijual mahal.

Walaupun baru dibuka namun beliau mempunyai ramai pelanggan tetap terdiri daripada kawan-kawan dan penduduk sekitar kawasan perumahan tersebut.

''Kadang-kadang ada pelanggan yang 'terdesak' hendak mencari tudung yang cantik sedikit untuk ke kenduri kahwin atau ke majlis. Mereka akan datang ke sini kerana saya menjual tudung yang bertatah kristal swarovski yang saya buat sendiri.

"Pelanggan juga boleh menempah tudung yang mereka ingini,'' ujar Zaida yang membuka butik kafe ini daripada pukul 11 pagi hingga sembilan malam.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:48
Zuhur 1:09
Asar 4:14
Maghrib 7:12
Isyak 8:21



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.