saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 19/03/2010

Raja Ahmad dilantik Raja Kechil Tengah

IPOH 18 Mac - Majlis Mesyuarat Dewan Negara Perak bersetuju menganugerahkan Raja Ahmad Nazim Azlan Shah Raja Ashman Shah sebagai Raja Bergelar, Raja Kechil Tengah Perak.

Setiausaha Dewan Negara Perak, Datuk Ayop Hashim berkata, pelantikan oleh Sultan Perak, Sultan Azlan Shah itu berkuatkuasa sempena Mesyuarat Dewan Negara Perak Ke-146 pada Selasa lalu.

Sultan Perak juga berkenan melantik Raja Datuk Seri Iskandar Dzulkarnain Sultan Idris Shah yang sebelum ini menyandang gelaran Raja Kechil Sulung Perak sebagai Raja Kechil Besar Perak.

''Raja Kechil Tengah Perak, Raja Datuk Seri Ashman Shah Sultan Azlan Shah pula dinaikkan pangkat sebagai Raja Kechil Sulung Perak.

''Datuk Seri Dr. Jalaluddin Abd Rahim dan Datuk Seri Ismail Shahudin dilantik sebagai ahli baru Dewan Negara Perak," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini.

Sementara itu, Ayop berkata, seramai 10 orang kenamaan telah dilantik semula sebagai Ahli Dewan Negara Perak iaitu Raja Tan Sri Aznam Raja Ahmad, Datuk Yusof Sulaiman, Tan Sri Darshan Singh Gill, Datuk Ismail Shah Bodin dan Datuk Abdul Karim Mohd. Jamil.

Ahli-ahli lain yang dilantik semula ialah Datuk Seri Dr. Abdul Shukor Abdullah, Datuk Seri Mohd. Annuar Zaini, Jeneral (B) Tan Sri Mohd. Zahidi Zainuddin, Datuk Zubairi Tajuddin dan Raja Datuk Seri Mansur Raja Razman.

Pelantikan 12 Ahli Dewan Negara Perak berkenaan dibuat mengikut kehendak Fasal 58(c) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak Bahagian Kedua.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.