saya nak baca ..

SAINS & TEKNOLOGI


ARKIB : 19/03/2010

USM hasil bahan guna semula polistrina


Dr. Issam Ahmed Mohammed (kiri) menunjukkan produk ciptaannya, untuk menghasilkan polistina pada sidang media di Pulau Pinang baru-baru ini sambil diperhatikan oleh Ahmad Shukri Mustapa Kamal.


POLISTRINA dianggap antara bahan berbahaya kepada alam kerana memakan masa beratus tahun untuk lupus secara semulajadi.

Malah Universiti Sains Malaysia (USM) menjadi antara organisasi utama yang merintis jalan untuk tidak lagi menggunakan bahan tersebut termasuk sebagai bekas bahan makanan dalam kalangan warganya melalui kempen pelajar keranda putih atau The White Coffin.

Namun pada masa yang sama banyak usaha dipergiatkan untuk menghasilkan bahan baru yang terlarut dalam tanah sebagai ganti serta juga menghasilkan kegunaan baru untuk polistrina seperti mana yang dilakukan oleh seorang penyelidik dari Pusat Pengajian Teknologi Industri USM, Dr. Issam Ahmed Mohammed.

Menguntungkan

Menurut Issam, jika selama ini usaha dilakukan di pelbagai negara termasuk Amerika Syarikat dan Jepun untuk mengatasi masalah bahan buangan polistrina namun dipercayai inilah pertama kali bahan ini dijadikan satu kegunaan baru yang menguntungkan masyarakat dan industri.

Di Amerika Syarikat, jumlah polistrina yang begitu besar dikatakan telah dipadatkan untuk mengelakkan daripada berlakunya pencemaran dan terbuang begitu sahaja, manakala di Jepun, usaha dibuat untuk melarutkannya.

"Di USM pula, kita telah memulakan usaha untuk memanfaatkan polistrina yang dicampurkan dengan sejenis bahan pelarut dan bahan kimia untuk menjadikannya gam atau perekat.

''Kemudiannya berupaya mengadunkan dengan tanda kelapa sawit terbuang untuk dijadikan bahan gentian untuk industri perabut," jelas Issam dalam baru-baru ini.

Katanya, polistrina yang kelihatan lembut tetapi amat kuat ini dicampurkan dengan bahan kimia coumarone-indene sebagai tackfier dan toulene sebagai bahan pelarut untuk menghasilkan perekat baru yang disediakan dengan komposisi yang tertentu dan terbukti kuat untuk digunakan ke atas kayu dan plastik.

Kekuatan perekat tersebut terbukti melalui ujian-ujian berkaitan yang dibuat yang akan meningkat lebih kuat apabila komposisi polistrina ditambah.

Polistrina semenangnya terkenal dengan pelbagai kegunaan sebagai bekas makanan, malah juga untuk melindungi pelbagai perkakasan elektrik dan elektronik , namun ia memberi kesan buruk kepada alam sekitar.

Bahan ini biasanya akan dibuang begitu sahaja yang akhirnya akan memberi kesan kepada kualiti alam sekitar.

Hasil inovasi ini memenangi pingat emas dalam Ekspo Teknologi Malaysia di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Penyelidikan yang menggunakan peruntukan penyelidikan dari kajian lain mengambil masa kira-kira setahun untuk disiapkan.

Ia dijalankan bersama oleh pelajar sarjana Putri Nur Syazwani Azizizan dan seorang lagi penyelidik, Prof. Madya Abdul Khalil Syawkataly.

"Produk baru yang terhasil dari usaha ini dapat dibuat dengan kos yang lebih murah dan dipercayai 20 peratus lebih rendah berbanding dengan produk yang sedia ada" jelas Issam.

Bahan ini kemudiannya boleh pula digunakan bersama-sama tandan kelapa sawit terbuang untuk menghasilkan pula bahan komposit baru untuk industri perabut.

"Penemuan baru ini sekali gus dapat membantu supaya bahan polistrina terbuang ini dapat pula menghasilkan bahan baru untuk kegunaan pada masa depan," kata Issam.

Sementara itu, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Akademik dan Antarabangsa), Prof. Ahmad Shukri Mustapa Kamal menyifatkan usaha tersebut amat baik dalam memanfaatkan bahan buangan yang ada.

"Ini adalah selaras dengan usaha yang dilakukan di USM selama ini yang diharapkan dapat diteruskan lagi melalui pelbagai inovasi penyelidikan," tambah Ahmad Shukri.

Turut sama hadir ialah Timbalan Dekan Pusat Pengajian Teknologi Industri, Prof. Madya Azhar Mohd. Easa.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zohor 1:13
Asar 4:36
Maghrib 7:10
Isyak 8:24



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.