saya nak baca ..

TERKINI


ARKIB : 20/03/2010

Nombor plat “TAY 1” dibeli dengan harga RM220,000

20/03/2010 1:27pm

KUALA TERENGGANU 20 Mac – Nombor plat kenderaan TAY 1 yang dikeluarkan di Terengganu dibeli dengan harga RM220,000, mengatasi harga plat TAN 1 sebelum ini yang bernilai RM200,090.

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Terengganu, Abdul Rahman Emang Anyie berkata, harga tersebut diperolehi setelah enam pembeli membuat bidaan sejak tender dibuka dari 2 hingga 22 Februari lalu.

"Harga paling tinggi yang kita terima ialah bagi TAY 1 iaitu RM220,000, diikuti TAY 8 sebanyak RM62,000,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata, notis kepada mereka yang berjaya membida akan dikeluarkan tidak lama lagi, tanpa mahu mendedahkan identiti pembeli.

Menurutnya, sepanjang tempoh tender, JPJ Terengganu menerima 1,119 bidaan daripada 534 pembida yang ingin mendapatkan nombor pendaftaran di bawah siri TAY.

Selain TAY 1 dan TAN 1, nombor pendaftaran TAX 1 sebelum ini mencatat harga jualan RM165,000. – Bernama

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zuhur 1:08
Asar 4:15
Maghrib 7:10
Isyak 8:19



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.