saya nak baca ..

EKONOMI


ARKIB : 22/03/2010

Bilangan wanita pegang jawatan tinggi masih kurang

KUALA LUMPUR 21 Mac - Ruang untuk penglibatan kaum wanita dalam jawatan pembuat keputusan dalam sektor-sektor awam dan swasta masih wujud, demikian menurut satu kaji selidik yang dijalankan oleh Manpower Staffing Services (M) Sdn. Bhd.

Pengurus Negaranya, Sam Haggag berkata, setiap tahun kedua-dua sektor menghadapi masalah pengambilan pekerja yang layak sehingga perlu mencari menjangkaui negara ini.

"Bagaimanapun, masih terdapat sekumpulan golongan berbakat yang belum ditembusi di negara ini iaitu kaum wanita," katanya kepada Utusan Malaysia di sini.

Menurut beliau, penglibatan wanita Malaysia yang berkurangan dalam jawatan pembuat keputusan menerusi laporan Indeks Jurang Jantina Global Forum Ekonomi Dunia 2009, kedudukan Malaysia jatuh ke 101 daripada 96 pada 2008.

Jelasnya, indeks itu menilai negara secara tahunan berhubung cara pembahagian sumber dan peluang antara penduduk kaum lelaki dan wanita.

"Ia menunjukkan negara-negara Nordic mengetuai negara-negara lain dengan Iceland berada di kedudukan pertama, Finland (kedua), Norway (ketiga) dan Sweden (keempat) menguasai tempat keempat teratas sejak 2006.

"Penglibatan wanita dalam tenaga kerja di negara-negara Nordic tertinggi termasuk perwakilan wanita pada tahap jawatan pembuat keputusan dan dilihat sebagai negara-negara terbaik untuk kaum wanita sekali gus menjadikan mereka contoh untuk negara-negara lain," katanya.

Di Asia, katanya, Filipina kekal merupakan negara teratas di rantau itu, berkedudukan kesembilan secara keseluruhan.

"Nisbah penjawat wanita berbanding lelaki dalam penglibatan tenaga kerja di Malaysia ialah 0.57 dan wanita yang memegang jawatan dalam bidang perundangan, pegawai kanan dan pengurus kurang daripada 30 peratus.

"Angka-angka ini, meskipun menunjukkan ketidakseimbangan jantina, mungkin tidak begitu mengejutkan berikutan jumlah wanita banyak menguasai penempatan di institusi pengajian tinggi berbanding lelaki," ujar Haggag.

Bagaimanapun, bilangan yang banyak tersebut tidak mendorong kepada peningkatan wanita dalam tenaga kerja dan jawatan membuat keputusan, katanya lagi.

Sebaliknya masih timbul persoalan kenapa penglibatan wanita terutamanya pada jawatan pembuat keputusan masih berkurangan?, soal beliau.

"Lazimnya, kekurangan penglibatan wanita dalam tenaga kerja pada tahap pembuat keputusan berikutan kaum wanita menghadapi kesukaran untuk mengimbangi kehidupan keluarga dan kerjaya selain masih terdapat anggapan sosial dan budaya bahawa tempat wanita adalah di rumah.

"Masih jelas kemahiran berkenaan kurang dimanfaatkan mengakibatkan negara dan ekonomi kehilangan peluang yang besar," terangnya.

Haggag berkata, kaum wanita lebih berkeupayaan menguruskan pelbagai tugas pada satu masa yang menyebabkan mereka mengambil peranan yang lebih mencabar kerana mereka mampu 'memakai pelbagai topi'.

"Berserta dengan tahap pendidikan yang diterima, mereka merupakan penyumbang yang bermakna kepada syarikat-syarikat dan ekonomi terutamanya dalam pengurusan kanan.

"Tambahan pula, kaum wanita difahamkan memiliki EQ yang lebih tinggi berbanding kaum lelaki kerana mereka lebih sedar perasaan sendiri dan orang yang didampingi, memahami hubungan dan lebih bertanggungjawab secara sosial," tambahnya.

Menurut penyelidikan McKinsey pada Forum Wanita untuk Ekonomi dan Masyarakat di Perancis, terdapat korelasi jelas antara syarikat yang mempunyai prestasi kewangan yang lebih baik di kalangan sektor di syarikat Eropah berikutan bilangan wanita banyak pada lembaga.

Keputusan kewangan yang lebih baik diukur dari segi pulangan ekuiti, jualan operasi dan pertumbuhan harga pasaran.

"Syarikat-syarikat yang mempunyai tiga atau lebih wanita di peringkat jawatan tinggi memberikan pulangan ekuiti yang lebih tinggi dan syarikat ini memiliki kecemerlangan organisasi termasuk ketelusan, inovasi dan persekitaran kerja positif," kata Haggag.

Justeru, bagi mengekal dan menggerakkan bakat ini, katanya, selain menawarkan peluang pembangunan kerjaya, ia juga penting syarikat mengamalkan budaya yang menggalakkan kerjaya dan kehidupan yang seimbang yang memanfaatkan semua, kerana tanggungjawab keluarga bukan sahaja terhad kepada wanita.

Ujar beliau, berikutan itu, syarikat perlu menetapkan infrastruktur seperti kemudahan penjagaan kanak-kanak atau jagaan harian yang membantu ibu bapa yang bekerja.

"Struktur kerja seperti bekerja lapan jam dari Isnin hingga Jumaat turut merupakan halangan besar oleh itu, kebanyakan syarikat di seluruh dunia telah mengamalkan dasar mesra-wanita seperti kerja yang lebih fleksibel.

"Konsep kerja fleksibel boleh dijadikan dalam bentuk kerja sepenuh masa atau separuh masa yang mana kaum wanita boleh melakukan kerja yang sama pada waktu tertentu dengan hari kerja yang lebih lama tetapi disegmentasikan, memberikan ruang untuk kehidupan peribadi mereka," katanya lagi.

Beliau menambah, dengan teknologi terkini, kaum wanita tidak perlu berulang-alik setiap hari ke tempat kerja kerana ini membolehkan kaum wanita untuk bekerja dari rumah dengan akses kepada infrastruktur elektronik kerja.

Selain itu, ujarnya, penyelesaian lain yang harus dipertimbangkan termasuk cuti yang lebih panjang atau cuti tanpa gaji untuk cuti bersalin atau sebab-sebab tertentu, membenarkan para pekerja kembali bekerja setelah bercuti lama.

"Faedah-faedah seumpama ini bukan sahaja membantu menarik bakat wanita malah dapat mengekalkan mereka," katanya.

Ditanya sama ada penguasaan golongan wanita dalam jawatan pembuat keputusan bakal memberi kesan jangka panjang untuk kemajuan dan pertumbuhan negara, Haggag berkata, trend itu akan memberi impak tetapi impak positif kerana kaum wanita memacukan produktiviti untuk negara.

"Ini bukan satu isu atau bertentangan dengan dasar kerajaan yang memperuntukkan 30 peratus jawatan pembuat keputusan kepada golongan wanita, malah lebih promosi dan kesedaran perlu diadakan supaya pengambilan wanita ditingkatkan," jelas beliau.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:42
Zohor 1:04
Asar 4:26
Maghrib 7:00
Isyak 8:14



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.