saya nak baca ..

MUKA HADAPAN


ARKIB : 23/03/2010

8 laporan polis dibuat semalam


Mohd. Sahfrie Abd. Aziz (dua dari kanan) membuat laporan polis berikutan pendedahan Zahrain Mohamed Hashim di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan, semalam. utusan/RUSHDI


KUALA LUMPUR 22 Mac - Semakin banyak pihak yang membuat laporan polis hari ini berikutan pendedahan rancangan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengambil alih kerajaan pada 16 September 2008.

Hari ini, sebanyak lapan lagi laporan diterima pihak polis di seluruh negara mendesak supaya pendedahan Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim mengenai tindakan Ketua Pembangkang itu, disiasat.

Daripada jumlah itu, empat Pergerakan Pemuda UMNO negeri iaitu Perak, Kedah, Melaka dan Pahang membuat laporan di negeri masing-masing berikutan pendedahan itu yang dianggap menghina Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Turut membuat laporan polis berhubung pendedahan itu adalah Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Bukit Mertajam di Pulau Pinang dan Pemuda UMNO Bahagian Kangar, Perlis.

Selain itu, Pergerakan Puteri UMNO dan Majlis Gabungan NGO Pembela Negara (Magaran) membuat laporan, masing-masing di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul dan IPD Gombak hari ini.

Di Ipoh, Pemuda UMNO Perak mendesak supaya Anwar dikenakan tindakan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana 'mengisytiharkan perang' terhadap Yang di-Pertuan Agong.

Ketuanya, Maslin Sham Razman menegaskan, tindakan itu pernah diambil terhadap kumpulan Al-Maunah yang pernah menggemparkan negara di Perak, 10 tahun lalu.

"Menjaja nama Yang di-Pertuan Agong kononnya memperkenankan beliau sebagai Perdana Menteri keenam adalah satu kesalahan yang serius.

"Kita kesal dengan pembohongan yang dilakukan oleh Anwar. Beliau seperti cuba mengulangi tindakan Al-Maunah," katanya selepas membuat laporan di Balai Polis Sungai Senam.

Zahrain dalam perbahasan Dewan Rakyat pada Khamis lalu mendedahkan temberang Anwar kononnya dia telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk menjayakan rancangan mengambil alih kerajaan Pusat pada 16 September 2008.

Antara pembohongan lain yang didedahkan Zahrain ialah dakwaan Anwar kononnya ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) bersedia melompat parti sudah mencukupi untuk membentuk kerajaan baru.

Semalam, tiga pergerakan Pemuda UMNO negeri iaitu Wilayah Persekutuan, Selangor dan Johor membuat laporan polis mendesak supaya polis menyiasat pendedahan tersebut.

Di Alor Setar, Ketua Pemuda UMNO negeri, Badrol Hisham Hashim membuat laporan di IPD Kota Setar, kira-kira pukul 10 pagi ini.

Naib Ketua Pemuda UMNO Melaka, Hasnoul Hisyam Mat Hashim pula membuat laporan di Balai Polis Melaka Tengah pukul 11.30 pagi ini.

"Pemuda UMNO Melaka berharap polis dapat menjalankan siasatan segera supaya rakyat mendapat gambaran yang jelas apa yang didakwa oleh Zahrain," katanya.

Di Kuantan, Penolong Setiausaha Pemuda UMNO Pahang, Mohd. Suhaimi Sulong mengetuai lebih 20 ahli membuat laporan berhubung pendedahan itu di IPD Kuantan.

Pergerakan Pemuda UMNO Bukit Mertajam dan Kangar turut membuat laporan di IPD Seberang Perai Tengah dan IPD Kangar tengah hari ini.

Pemuda UMNO Bukit Mertajam diketuai Mohammad Fauzi Sharif manakala Pemuda UMNO Kangar diketuai naib ketuanya, Abdul Aziz Abdul Majid.

Sementara itu, Pergerakan Puteri UMNO turut membuat laporan di IPD Sentul kira-kira pukul 6.30 petang ini.

Naib Ketuanya, Shahanim Mohamad Yusoff melabelkan Anwar sebagai pemimpin yang tidak bertanggungjawab kerana mempersendakan institusi diraja hanya untuk mencapai cita-cita politiknya menjadi Perdana Menteri.

Magaran diketuai penasihat undang-undangnya, Mohd. Khairul Azam Abdul Aziz pula membuat laporan mengenai pendedahan itu di Balai Polis Selayang, pukul 11 pagi ini.

Kongsi Konten di :

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.