saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 23/03/2010

Aznil sertai kempen

KUALA LUMPUR 22 Mac - Kempen Kami Prihatin yang dilancarkan Utusan Malaysia mendapat sambutan daripada penggiat seni tanah air.

Antara mereka yang sudah bersetuju untuk terlibat dalam kerja amal ini ialah pengacara nombor satu negara, Aznil Nawawi.

Aznil merupakan artis pertama yang menyatakan persetujuannya untuk melibatkan diri dalam kempen Kami Prihatin yang dilancarkan akhbar ini.

Sebagai ikon yang disayangi dan diminati oleh golongan kanak-kanak di negara ini, Aznil sememangnya mudah tersentuh membaca berita kes penderaan kanak-kanak dan pembuangan bayi di negara ini.

Kerana itu katanya, dia mahu menjadi suara untuk kanak-kanak malang ini agar semua pihak membuka mata dan sama-sama berganding bahu membanteras perbuatan terkutuk itu.

"Saya memang bersetuju dan memuji usaha yang dilakukan oleh Utusan Malaysia ini bagi membangkitkan kesedaran kepada semua pihak.

"Apatah lagi, kempen ini sebuah projek amal yang saya fikir semua pihak harus bergabung tenaga agar suara kita sampai kepada masyarakat.

"Oleh itu, saya juga menyeru kepada karyawan seni tanah air untuk sama-sama menyertai kempen amal ini," katanya ketika menghubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Aznil turut menyifatkan kempen itu hadir tepat pada waktunya ketika kes penderaan dan pembuangan bayi semakin hangat diperkatakan.

Apa yang membuatkan Aznil tertarik untuk menyertai kempen amal ini adalah sewaktu membaca Utusan Malaysia pada pukul 6 pagi ini sebelum memulakan tugasnya sebagai penyampai radio Era FM.

Tanpa berfikir panjang, beliau terus mengirimkan khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Utusan Malaysia bagi menyatakan kesediaannya untuk menyumbang tenaga bagi menjayakan kempen tersebut.

"Untuk kempen ini, saya dan karyawan seni lain boleh menjadi suara untuk kanak-kanak malang ini yang tidak mampu bersuara bagi membela diri mereka yang dianiaya.

"Apa yang saya harapkan kempen ini akan berterusan sampai bila-bila dan ia tidak sekadar hangat-hangat tahi ayam sahaja," ujar bapa kepada dua orang anak itu.

Menerusi projek itu juga, sebuah lagu istimewa ciptaan komposer terkenal, S. Atan dan lirik oleh Habsah Hassan sedang dihasilkan.

Bukan itu sahaja, sebuah video muzik berserta liriknya juga akan dirakamkan sebaik sahaja lagu tersebut siap dalam tempoh beberapa hari ini.

Selain Aznil, penyanyi dan pelakon popular, Erra Fazira juga menyatakan kesediaannya untuk terlibat dalam kerja amal ini.

"Demi tanggungjawab bersama, demi anak-anak tidak berdosa dan demi bangsa serta negara, saya bersedia untuk melibatkan diri dalam projek ini," kata Erra.

Tidak ketinggalan, penyanyi Adibah Noor yang sememangnya dikenali ramai sebagai artis yang begitu prihatin dengan isu-isu kemasyarakatan.

Penyanyi lagu Terlalu Istimewa itu juga mengesahkan untuk terlibat dalam projek menyuntik kesedaran di kalangan masyarakat berhubung isu pembuangan bayi.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:46
Zuhur 1:07
Asar 4:15
Maghrib 7:09
Isyak 8:18



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.