saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 23/03/2010

Kempen Kami Prihatin disifatkan murni

IPOH 22 Mac - Pemimpin-pemimpin wanita dan orang ramai di negeri ini menyifatkan kempen Kami Prihatin yang digerakkan oleh Utusan Malaysia sebagai usaha murni yang perlu diberikan sokongan padu.

Malah, mereka mahu semua pihak turut berganding bahu untuk menjadi mata dan telinga bagi kes-kes buang bayi serta penderaan wanita.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Kinta, Datuk Rusnah Kassim berkata, projek amal itu akan menjadi satu lagi alternatif terbaik ke arah membantu golongan yang teraniaya dan memerlukan.

Dalam masa sama katanya, ia menjadi kayu ukur kepada semua wakil rakyat untuk sama-sama mengambil tindakan menangani masalah itu.

''Tahniah dan terima kasih kepada Utusan Malaysia kerana tampil dengan kempen yang sangat membantu.

''Dengan adanya projek amal ini, kami (pemimpin) dapat bekerja membantu masyarakat kerana laporan-laporan yang dikeluarkan dalam media memudahkan kami mengenal pasti golongan sasaran," katanya.

Sementara itu, ADUN Bebas (Jelapang) Hee Yit Foong berkata, kempen Kami Prihatin akan menyedarkan masyarakat supaya tidak memandang ringan masalah penderaan kanak-kanak dan pembuangan bayi.

''Saya sangat mengalu-alukan usaha murni Utusan Malaysia membantu membanteras gejala ini.

''Sedih rasanya bila membaca laporan berita mengenai kejadian buang bayi. Saya harap projek amal ini akan membantu menyedarkan masyarakat," katanya.

Bagi suri rumah, Normadiah Husain, 52, pula, sikap prihatin Utusan Malaysia perlu dijadikan dorongan oleh pihak lain untuk bersama-sama membantu mengatasi gejala sosial terutama di kalangan remaja.

''Saya harap ada pihak lain yang akan turut mengambil langkah serupa. Jadikan projek amal Utusan Malaysia ini sebagai salah satu contoh untuk kerja amal.

''Tahniah Utusan Malaysia kerana sangat prihatin dengan masalah sosial yang berlaku di kalangan anak-anak kita," katanya.

Noriah Zakaria, 42, pula berkata, kempen amal tersebut patut diteruskan oleh semua pihak bagi memastikan gejala penderaan kanak-kanak dan pembuangan bayi dapat dikurangkan.

''Semua pihak perlu mencontohi tindakan pantas Utusan Malaysia mengenai masalah penderaan kanak-kanak dan pembuangan bayi," katanya.

Kamarul Zaman Zainol Abidin, 42, pula menyifatkan kempen amal ini sebagai jalan terbaik untuk menyedarkan masyarakat terhadap isu pembuangan bayi.

''Memang media memainkan peranan utama dalam isu-isu seperti ini. Hebahkan kepada semua supaya tidak ada yang berani bertindak serupa. Saya hargai usaha ini kerana ia sangat membantu," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:46
Zuhur 1:07
Asar 4:15
Maghrib 7:09
Isyak 8:18



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.