saya nak baca ..

POLIS & TENTERA


ARKIB : 23/03/2010

Garang saya bertempat - Wan Azlan


WAN Azlan (kanan) memberi penerangan kepada anggotanya berhubung laporan polis yang dibuat oleh pengadu.


MELIHAT kepada raut wajah dan penampilannya, sesiapa yang berdepan dengan Asisten Supritendan Wan Azlan Wan Mamat pasti akan gentar.

Wajahnya memang bengis, ditambah lagi dengan jawatan seorang pegawai polis yang dipegangnya, membuatkan orang berfikir lebih dari 100 kali untuk melakukan jenayah.

Tetapi benar kata pepatah Inggeris, jangan menilai seluruh isi buku itu melalui kulit luarnya sahaja. Untuk itu, janganlah kita anggap Wan Azlan sebagai seorang pegawai polis yang tidak berperikemanusiaan.

Di sebalik wajah garangnya itu, tersembunyi sifat tenang, mudah didekati dan mesra dengan setiap orang yang dikenalinya.

Malah, boleh juga kita anggap pegawai berusia 36 tahun ini begitu berterus terang iaitu secara jujur mengakui tidak mempunyai pengalaman yang benar-benar 'ummmph' untuk dikongsi bersama sepanjang kerjayanya.

Beliau yang kini menjadi Ketua Balai Polis Pandan Indah sebenarnya sudah masak dalam bidang narkotik kerana bertugas hampir 11 tahun dalam Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul, Cawangan Risikan JSJN Bukit Aman dan Ampang Jaya.

"Selepas tamat latihan pada tahun 1996, saya ditugaskan di Sentul sebagai Pegawai Penyiasat (Inspektor Percubaan) sehingga tahun 2007.

"Ketika itu banyak kertas siasatan diberikan kepada saya untuk disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya," katanya.

Menyambung cerita, Wan Azlan memberitahu, sepanjang berada di IPD Sentul, pelbagai kes jenayah dadah berjaya diselesaikan.

Antara yang masih segar dalam ingatan sehingga kini ialah ketika berjaya menahan seorang suspek bersabit satu kes dadah.

"Suspek memiliki dadah seberat 148 kilogram. Jumlah itu dilihat satu jumlah yang besar bagi seorang pegawai penyiasat seperti saya yang masih baru untuk menjalankan siasatan.

"Apabila kes itu dibawa ke mahkamah dan suspek disabitkan mengikut Seksyen 39B, saya puas kerana ia satu pencapaian yang baik dalam kerjaya, maklumlah saya ketika itu baru menjadi pegawai polis," katanya yang mendapat dorongan daripada bapanya untuk menjadi anggota polis.

Tambah anak jati kelahiran Kota Bharu, Kelantan ini, beliau juga pernah terlibat dalam beberapa serbuan untuk mencegah kegiatan penyalahgunaan dadah.

Katanya, pada tahun 1998, bertindak atas maklumat, sepasukan polis di JSJN Sentul menyerbu sebuah rumah yang dipercayai didiami oleh seorang pengedar dadah.

"Pada waktu itu pukul 3 petang. Kami menyerbu rumah suspek di Kampung Puah, Jalan Genting Klang.

"Serbuan dilakukan selepas kita menahan seorang penagih dan beberapa pengedar dadah selain memberitahu mereka mendapat bekalan benda haram itu daripada suspek.

"Suspek pada ketika itu bertindak agresif dan kita berjaya merampas 15 kilogram ganja dan heroin," katanya yang menimba banyak pengalaman berdepan dengan 'pusher' dan penagih.

Wan Azlan juga pernah berpeluang berkhidmat di bawah bahagian risikan JSJN Bukit Aman.

Jelasnya, skop kerja di JSJN Bukit Aman berlainan sedikit apabila mereka lebih memfokuskan kepada sindiket-sindiket yang besar dan penglibatan sindiket antarabangsa.

"Ketika berada di bahagian risikan JSJN Bukit Aman, pasukan saya berjaya menumpaskan satu sindiket pengedaran dadah antarabangsa apabila kita telah memberi maklumat sebelum pihak polis Australia menangkap suspek.

Bagaimanapun, ketika diamanahkan untuk 'menjaga' kawasan Pandan Indah selaku Ketua Balai Polis, tugas dan tanggungjawab Wan Azlan dianggap lebih besar.

Jelas bapa kepada dua orang anak ini, selaku ketua dalam satu-satu kawasan, perancangan dan interaksi dengan anggota bawahan adalah penting bagi melancarkan setiap pekerjaan.

Katanya, komunikasi yang baik dan tiada jurang perhubungan dititikberatkan dalam setiap penugasan.

Tambah beliau, berkat kerjasama antara pegawai dan anggota di kawasan Pandan Indah, beliau berjaya mengurangkan kadar indeks jenayah jalanan sepanjang memegang jawatan selaku ketua balai.

"Saya sentiasa menitikberatkan suasana kerja yang harmoni agar anggota di bawah berasa senang dan ikhlas dalam melakukan tugasan mereka.

"Tidak dinafikan waktu kerja kita mesti serius dan waktu luar kita boleh menjadi kawan semula," katanya yang meminati sukan badminton dan ragbi.

Apa yang boleh dikatakan Wan Azlan, memerangi jenayah dadah dilihat sudah sebati dengan kehidupannya. Sepanjang 11 tahun dalam JSJN dan kini menjaga balai, wajah garang ini hanya agresif terhadap mereka yang melanggar undang-undang.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zohor 1:02
Asar 4:24
Maghrib 6:59
Isyak 8:12



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.