saya nak baca ..

TIMUR


ARKIB : 24/03/2010

Hak milik perlu dipertahankan

KUANTAN 23 Mac - Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob kecewa dengan sikap segelintir individu yang diberikan hak milik tanah melalui rancangan berkelompok tetapi menjualnya kepada pihak lain. Lebih mengecewakan, kata beliau, terdapat individu yang menjual tanah tersebut dalam tempoh 24 jam selepas menerima geran hak milik daripada kerajaan negeri.

"Ada individu yang diberi milik tanah keluasan 4 ekar (1.6 hektar) ke bawah, ada lot rumah tetapi hari ini lulus esok dah nak jual, ini sikap yang tidak baik.

"Apa yang menyedihkan, kadang- kadang kerajaan lulus bulan sembilan (September), bulan sepuluh (Oktober) sudah buat permohonan jual tanah.

"Sedangkan, kalau ikut peraturannya, tanah ini hanya boleh dijual selepas lima tahun pemberian hak milik," katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan geran hak milik tanah kepada 62 peserta ladang kecil Sungai Charu kelolaan Lembaga Kemajuan Perusahaan Pertanian (LKPP) dekat sini, hari ini.

Turut hadir Pengurus Besar LKPP, Datuk Md. Adnan Sulaiman; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Lembing, Datuk Md. Sohaimi Mohamed Shah dan ADUN Panching, Mohd. Zaili Besar.

Adnan berkata, pihaknya bukan sahaja menerima permohonan untuk menjual tanah milik individu yang diberikan melalui rancangan berkelompok tetapi juga tanah rancangan Felda.

"Terdapat banyak kes dan keadaan ini terus berlaku. Ia serius sebab itu saya ambil sedikit masa untuk menimbang permohonan (pemilikan tanah) kerana dalam keadaan ini adalah baik ia dilambatkan.

"Jika tidak, semakin ramai individu yang dapat tanah daripada kerajaan kemudian dengan mudah menjualnya kepada pihak lain," katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau menasihati 62 peneroka asal ladang kecil Sungai Charu yang baru diberikan hak milik tanah masing- masing seluas 3.4 hektar, tidak menjual tanah terbabit sebaliknya mewariskan harta itu kepada anak cucu mereka.

Adnan turut mengingatkan peneroka terbabit mengenai ancaman globalisasi iaitu penguasaan golongan kaya, sekiranya mereka terus bersikap suka menjual apa yang dimiliki.

"Kalau kita masih lagi bersikap menjual apa yang kita ada, maka dengan sendirinya kita akan menjual kepada mereka yang datang dari luar negara dan akhirnya negeri ini serta ladang Sungai Charu ini bukan lagi milik kita," tegasnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:50
Zohor 1:23
Asar 4:46
Maghrib 7:30
Isyak 8:44



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.