saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 24/03/2010

Penuntut IPT turut menyokong

IPOH 23 Mac - Kempen Kami Prihatin yang dilancarkan oleh akhbar Utusan Malaysia mendapat sokongan penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) di sini yang bersetuju pentingnya masyarakat termasuk mahasiswa berganding bahu menangani gejala sosial.

Penuntut Kolej Poly-Tech Mara (KPTM), Syazwan Mohd. Shaharuddin, 19, berkata, kempen tersebut dapat membantu menyedarkan remaja supaya tidak terjebak dengan gejala sosial seperti persetubuhan haram dan pembuangan bayi.

''Saya sokong kempen Kami Prihatin kerana ia dapat memberikan kesedaran kepada remaja bagi mengelakkan kes buang bayi yang semakin berleluasa," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Azkhiemi Azlan, 20, pula berkata, kempen itu amat berguna kerana ia membantu menyedarkan mereka tentang tanggungjawab membanteras kes keruntuhan moral yang semakin membimbangkan.

''Kempen seperti ini hakikatnya dapat memberi keinsafan kepada remaja supaya menjauhi gejala tidak bermoral," katanya.

Bagi tiga sekawan, Farhana Mat Desa, Zurayu Zakaria dan Siti Norakidah Mohd. Nasir yang masing-masing berusia 21 tahun, kempen itu mampu membantu menyedarkan remaja supaya tidak terlanjur.

''Kita perlu memandang serius kes buang bayi dan menyedarkan remaja supaya tidak melakukan perbuatan tidak bermoral seperti itu," kata mereka.

Bagi Norazareen Abdul Rahman, 21, remaja perlu sedar bahawa kes buang bayi tidak seharusnya berlaku dalam masyarakat sekarang.

''Saya sokong kempen Kami Prihatin kerana ia memberi maklumat dan kesedaran tentang kesan akibat keruntuhan moral," katanya.

Kelmarin, akhbar Utusan Malaysia dengan kerjasama karyawan tanah air menggerakkan kempen Kami Prihatin bertujuan membangkitkan kesedaran orang ramai tentang gejala sosial buang bayi dan penderaan kanak-kanak.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil semalam, turut menyatakan sokongan terhadap projek amal ini.

Ahad lalu, seorang bayi perempuan ditemui di kawasan semak berhampiran tempat pembuangan sampah di Jalan Medan Ipoh dekat sini.

Kes terbaru itu merupakan kes ketujuh pembuangan bayi yang dilaporkan tahun ini.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:46
Zuhur 1:07
Asar 4:15
Maghrib 7:09
Isyak 8:18



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.