saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 24/03/2010

Ahli akademik perlu sokong, perluas kempen ke IPT

KUANTAN 23 Mac - Lebih ramai golongan akademik perlu menyertai kempen Kami Prihatin yang dilancarkan akhbar Utusan Malaysia sebagai usaha menangani masalah penderaan kanak-kanak dan pembuangan bayi.

Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar, Pembangunan dan Perhubungan Luar Universiti Tenaga Nasional (Uniten), Prof. Madya Dr. Rusinah Siron berkata, kempen amal tersebut perlu disokong kerana golongan akademik lebih banyak terdedah dengan masyarakat dan pelajar yang dikategorikan sebagai remaja.

Beliau yang turut berminat menyertai kempen itu menyarankan supaya ia diperluaskan ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan swasta (IPTS) bagi meningkatkan kesedaran masyarakat secara menyeluruh.

''Utusan Malaysia telah memainkan peranannya yang amat penting dalam membangkitkan kesedaran terhadap gejala keruntuhan moral masyarakat," katanya kepada ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau mengulas kempen Kami Prihatin yang dilancarkan Utusan Malaysia bersama karyawan tanah air semalam berikutan kejadian penderaan kanak-kanak dan pembuangan bayi yang semakin menjadi-jadi sejak akhir-akhir ini.

Dalam kejadian terbaru, seorang bayi yang baru lahir dan bertali pusat ditemui basah kuyup dalam semak berhampiran tempat pembuangan sampah di Jalan Medan Ipoh Satu, Ipoh kelmarin.

Rusinah berkata, menerusi kempen itu, golongan akademik boleh memainkan peranan dengan lebih aktif dengan mengadakan pelbagai program kesedaran di kalangan pelajar dan kakitangan universiti.

Jelas beliau, masalah sosial sebenarnya bukan hanya dilakukan oleh golongan kurang terpelajar tetapi turut membabitkan remaja berkelulusan tinggi.

''Soal nafsu dan maksiat kini bukan hanya dilakukan oleh samseng jalanan atau 'bohsia' tetapi juga membabitkan pelajar universiti dan cendekiawan," tegasnya.

Ini kerana, jelas beliau, golongan terbabit juga terdedah kepada akses-akses yang bersifat negatif menerusi Internet atau laman sosial.

Beliau juga yakin persatuan-persatuan pelajar di universiti akan memberi sokongan tidak berbelah bahagi terhadap kempen tersebut jika diperluaskan ke IPTA atau IPTS.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:46
Zuhur 1:07
Asar 4:15
Maghrib 7:09
Isyak 8:18



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.