saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 24/03/2010

Sepakat sedia bimbing remaja

PULAU PINANG 23 Mac - Demi menjayakan kempen Kami Prihatin, Sekretariat Pengaduan Kebajikan Rakyat (Sepakat) sedia menjadi rakan atau pendengar kepada golongan remaja yang mempunyai masalah.

Ketua Pegawai Operasi Sepakat, Azlina Mehtab Mohd. Ishaq berkata, golongan tersebut amat memerlukan bimbingan dan sokongan padu ketika berdepan sesuatu masalah atau dilema agar mereka tidak membuat keputusan yang salah.

"Oleh itu, kepada mereka yang berada di luar sana khususnya golongan remaja yang terjebak dalam gejala sosial, Sepakat bersedia untuk menjadi rakan atau pendengar.

"Kami juga bersedia untuk membantu mereka mencari jalan penyelesaian. Mereka ini amat memerlukan bimbingan dan sokongan padu daripada kita semua supaya tidak terus tersalah langkah," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Akhbar Utusan Malaysia dan karyawan tanah air dua hari lepas berganding bahu menggerakkan kempen Kami Prihatin berikutan gejala penderaan kanak-kanak dan buang bayi yang semakin menjadi-jadi.

Menurut Azlina Mehtab, sebagai sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang sentiasa terlibat dengan program amal dan kemasyarakatan, pihaknya yakin dapat menyumbang khidmat menjayakan kempen tersebut.

Mengulas mengenai kempen berkenaan, beliau menjelaskan, ia mampu menyatukan semua rakyat menjadi warganegara yang prihatin.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:46
Zuhur 1:07
Asar 4:15
Maghrib 7:09
Isyak 8:18



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.