saya nak baca ..

RENCANA


ARKIB : 24/03/2010

Bersama jayakan kempen Kami Prihatin

KEMPEN Kami Prihatin yang dilancarkan oleh akhbar Utusan Malaysia memang kena pada masanya di saat gejala buang bayi seperti tidak bernoktah lagi. Hampir setiap minggu, dada-dada akhbar tempatan dihiasi dengan perlakuan buruk syaitan bertopengkan manusia durjana ini. Masyarakat pula semakin jelak dan marah dengan tindakan bersifat kebinatangan yang dilakukan mereka.

Walaupun setelah pelbagai usaha untuk membendung dilakukan, namun ia nampaknya masih berterusan dan menemui jalan buntu.

Islam sejak sekian lama telah mempromosikan budaya amar makruf nahi mungkar sebagai satu daripada asas hidup bermasyarakat. Ia penting bagi membudayakan kerjasama dalam menjayakan setiap amal baik dan mengelak daripada perlakuan buruk dalam sesebuah komuniti masyarakat. Pelaksanaan kerja-kerja sebeginilah yang kemudiannya mewujudkan suasana aman dan harmoni sekali gus memberi impak positif kepada pembangunan negara.

Suruhan ini bertepatan dengan firman Allah SWT yang bermaksud "Dan hendaklah ada daripada kalangan kamu satu puak yang menyeru kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara baik serta melarang daripada segala perkara salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya." (Surah ali-Imran: 104).

Tanpa disedari apa yang berlaku hari ini adalah kemuncak daripada kealpaan dan kelalaian masa lalu. Sikap tidak ambil peduli dan biarlah yang dimiliki oleh sesetengah individu telah mengundang padah dan penyakit sosial kepada negara. Justeru, pengalaman silam wajar dijadikan sempadan dan pengajaran agar ia tidak berulang kembali.

Dalam konteks ini, perintah menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran oleh Nabi Muhammad SAW wajar direalisasikan. Diriwayatkan bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda: "Demi diriku berada di dalam genggamannya, hendaklah kamu menyeru kepada kebaikan, dan hendaklah kamu mencegah daripada kemungkaran atau boleh sahaja Allah SWT menurunkan hukuman, kemudian kamu memohon pertolonganNya dan kamu tidak ditolong." (Hadis Riwayat Imam Ahmad, al-Tirmiziy dan ibn Majah).

Selanjutnya, tanggungjawab ini tidak sepatutnya dibebankan hanya kepada golongan tertentu seperti ustaz, imam dan penguatkuasa agama sahaja. Segenap lapisan masyarakat perlu bersatu tenaga membanteras kegiatan tidak bermoral yang berlaku di sekeliling mereka. Ia merupakan kewajipan agama yang mesti dilaksanakan oleh semua pihak, tanpa mengira tempat dan masa.

Ini kerana kemungkaran berlaku di mana- mana dan kadangkala ia dilakukan secara terang-terangan tanpa segan dan silu. Perbuatan berpelukan, berciuman di tempat awam seperti pusat membeli-belah, dalam LRT, mahupun di taman-taman rekreasi seakan sinonim dengan segelintir muda-mudi yang dibimbangi menjurus kepada perbuatan zina dan peningkatan jenayah buang bayi.

Oleh itu, setiap anggota masyarakat mesti menggunakan kudrat yang ada bagi membanteras punca kepada penderaan kanak-kanak dan gejala buang bayi ini. Nabi Muhammad SAW bersabda "Barang siapa antara kamu yang melihat kemungkaran, maka hendaklah dicegah dengan tangannya sendiri, jika tidak mampu hendaklah dicegah dengan lidahnya dan jika tidak mampu hendaklah dengan hati sekalipun itu adalah selemah-lemah iman". (Hadis riwayat Imam Muslim)

Sikap tidak ambil peduli seharusnya dibuang jauh-jauh dalam usaha semua individu menjadi mata dan telinga kepada pihak berkuasa. Malah sebagai individu Muslim, keyakinan dan kepercayaan terhadap Allah SWT Yang Maha Melihat lagi Maha Mengetahui sepatutnya menjadi benteng yang kukuh untuk tidak terlibat melakukan dosa dan maksiat.

Untuk tujuan itu juga dicadangkan penubuhan badan sukarela seperti BADAR (Badan Amal dan Dakwah) di peringkat komuniti. Mereka bertanggungjawab untuk memastikan amalan baik dipatuhi manakala kegiatan mungkar dibanteras dan dijauhi. Bagaimanapun diingatkan supaya tidak ada pihak yang mengambil kesempatan dengan mengambil tindakan sendiri tanpa merujuk kepada pihak yang berkuasa. Bagi mengelak perkara itu terjadi, keanggotaannya hendaklah dipilih daripada kalangan warga kariah yang berwibawa, berintegriti dan dipandang mulia oleh masyarakat setempat.

Pihak berkuasa tempatan mahupun badan- badan korporat juga boleh menyumbang kepada Corporate Social Responsibility (CSR) dengan meletakkan papan tanda peringatan di kawasan tumpuan awam supaya menjauhi perbuatan dosa seperti zina dan buang bayi. Untuk tujuan itu, ayat-ayat al-Quran dan hadis Nabi Muhammad SAW boleh digunakan bagi memberi kesedaran terutama kepada masyarakat Islam yang ramai terjebak dalam kancah ini.

Begitu juga media massa seperti televisyen boleh menyiarkan keburukan pergaulan bebas, apa yang perlu dilakukan jika sudah terlanjur dalam bentuk iklan sebagai satu bentuk pendidikan seksual yang secara tidak langsung kepada para penonton.

Hukuman yang setimpal dengan kesalahan buang bayi dan dera kanak-kanak patut difikirkan sebagai pengajaran untuk semua. Hukuman sebat syariah ke atas pesalah buang bayi sehingga menyebabkan kematian juga boleh dilaksanakan jika sesuai kerana ia melibatkan aspek pelanggaran terhadap keperluan menjaga nyawa dan kehormatan manusia.

Apapun yang lebih penting, setiap individu mestilah mempunyai kekuatan kendiri bagi menangkis pelbagai serangan mendatang dalam era globalisasi masa kini.

Tidak dinafikan kekuatan rohani yang berteraskan ajaran Islam yang murni juga faktor penentu kejayaan mencapai al-falah di dunia dan di akhirat nanti.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:46
Zuhur 1:07
Asar 4:15
Maghrib 7:09
Isyak 8:18



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.