saya nak baca ..

SELATAN


ARKIB : 24/03/2010

Hasilkan gelatin halal berasaskan lembu

TAMPIN 23 Mac - Industri ternakan lembu di Pusat Fidlot Nasional, Gemas dekat sini perlu dilihat dalam konteks lebih meluas dan tidak hanya tertumpu kepada produk daging semata-mata.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, walaupun kerajaan mahu menjadikan Gemas sebagai hab pengeluar daging terbesar negara tetapi pada masa yang sama juga, perlu ada inisiatif untuk menyelidik dan membangunkan hasil ternakan itu ke arah lebih saintifik.

''Hari ini gelatin halal amat diperlukan dalam menghasilkan pelbagai produk makanan dan kesihatan.

''Maka adalah wajar, kajian dan usah menghasilkan gelatin halal berasaskan lembu ini dapat dibuat dan dikeluarkan di Pusat Fidlot Nasional ini.

''Begitu juga hasil kulit lembu ini, yang boleh dijadikan produk keluaran barangan kulit bermutu keluaran Gemas," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan jenama premium 'Gemas Gold Meat' keluaran National Feedlot Corporation Sdn. Bhd. (NFC) di Pusat Fidlot Nasional, Gemas dekat sini semalam.

Hadir sama Pengerusi Eksekutif NFC, Datuk Dr. Mohamad Salleh Ismail; Ketua Pegawai Eksekutif NFC, Wan Izran Mohamad Salleh serta beberapa Exco Kerajaan Negeri Sembilan.

Ketika ini terdapat 1.6 bilion pengguna muslim seluruh dunia yang menggunakan produk halal dan jika gelatin halal ini dapat dibangunkan melalui ternakan lembu ia akan memberi impak besar dalam ekonomi negara.

Kata Mohamad, kepelbagaian hasil produk ini akan menjadikan nilai tambah kepada Pusat Fidlot Nasional ini, sekali gus mengembangkan industri hiliran ini sebagai satu lagi cara meningkatkan ekonomi negara.

''Projek yang dilaksanakan di Pusat Fidlot Nasional ini berimpak besar. Semua pihak sepatutnya memainkan peranan agar ia menjadi satu industri yang besar serta memberi faedah kepada seluruh rakyat negara ini," jelasnya.

Mohamad juga menegaskan, untuk memastikan kejayaan Pusat Fidlot Nasional ini, yang kini sedang memasuki fasa kedua projek, semua pihak termasuk kerajaan dan orang ramai perlu membuka ladang satelit sebagai industri sokongan.

''Kita tidak boleh bergantung terlalu banyak kepada import anak lembu khususnya dari Australia. Jika kebergantungan itu 100 peratus, saya bimbang projek di pusat ini akan menemui kegagalan.

''Kita perlu pastikan, program pembesaran anak lembu di negara ini diperkukuhkan secepat mungkin," jelasnya.

Tambahnya, melalui kerjasama dengan NFC dengan pengusaha ladang satelit ini, anak lembu yang diternak itu kemudiannya dibeli balik oleh NFC untuk tujuan pemasaran dan sebagainya.

''Putaran ekonomi ini akan dapat dirasai oleh semua pihak di negeri ini. Tanam rumput jenis 'napier'. Wujudkan pula pusat pengumpulan bagi rumput 'napier' ini. Ini akan menjimatkan kos dan NFC boleh membelinya kelak," kata Mohamad.

Kerajaan negeri menyasarkan sebanyak 30 ladang satelit diwujudkan di negeri ini apabila buat masa ini hanya terdapat lima ladang seumpamanya itu dibangunkan iaitu tiga di Gemas, satu masing-masing di Rembau dan Jelebu.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.