saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 25/03/2010

KPT sokong Kami Prihatin ke IPT


MOHAMED Khaled Nordin (dua dari kiri) bersama Mohd. Abu Bakar Mohd. Nor (dua dari kanan) menyaksikan pertukaran dokumen antara Mohd. Nasir Ahmad (kanan) dengan Zulkefli A. Hassan pada majlis menandatangani memorandum persefahaman antara KPT dengan PUNB di Kuala Lumpur, semalam.


KUALA LUMPUR 24 Mac – Program bernilai kemanusiaan seperti Kami Prihatin dipelopori akhbar Utusan Malaysia dapat mendedahkan golongan mahasiswa kepada nilai-nilai murni yang tidak dipelajari melalui pendidikan formal.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, mahasiswa perlu didedahkan dengan program sedemikian supaya mereka peka dengan situasi dalam masyarakat termasuk dalam isu penderaan kanak-kanak dan pembuangan bayi.

Sehubungan itu, katanya, pihaknya menyokong kempen Kami Prihatin diperluas ke institusi pengajian tinggi (IPT) supaya mahasiswa terlibat membanteras gejala penderaan kanak-kanak dan pembuangan bayi.

“Kementerian menyokong penuh semua program yang mampu menanam nilai-nilai kemanusiaan di kalangan mahasiswa terutama dengan cabaran dan masalah sosial yang dihadapi negara kini.

“Usaha memberi pendedahan, ilmu pengetahuan dan nilai-nilai murni di kalangan mahasiswa bukan hanya melibatkan institusi formal seperti IPT tetapi turut memerlukan program kemanusiaan seperti kempen Kami Prihatin ini,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyaksikan majlis menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) antara Kementerian Pengajian Tinggi dan Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Dr. Zulkefli A. Hassan; Pengerusi PUNB, Tan Sri Mohd. Abu Bakar Mohd. Nor dan Ketua Pegawai Eksekutif PUNB, Datuk Mohd. Nasir Ahmad.

Beliau mengulas saranan supaya kempen Kami Prihatin yang dilancarkan Utusan Malaysia bersama Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Karyawan dan Astro diperluaskan ke IPT kerana usaha itu memerlukan sokongan ahli akademik serta semua lapisan masyarakat.

Saranan dibuat Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar, Pembangunan dan Perhubungan Luar Universiti Tenaga Nasional (Uniten), Prof. Madya Dr. Rusinah Siron yang berpendapat golongan akademik lebih banyak terdedah dengan masyarakat dan pelajar.

Kelmarin, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat secara rasmi menyertai kempen Kami Prihatin bagi mempromosikan Dasar Perlindungan Kanak-Kanak yang terkandung dalam Akta Kanak-Kanak 2001 di setiap premis yang berkaitan seperti sekolah dan IPT.

Selain menerima sokongan mahasiswa, kempen tersebut semalam turut menerima sumbangan dua buah rumah di Petaling Jaya, Selangor untuk dijadikan pusat perlindungan kanak-kanak terbiar dan teraniaya.

S. Karigalan, 42, yang masih bersedih selepas 20 hari kehilangan anaknya, Harreswaral, 18 bulan, akibat didera berhajat menyumbangkan dua rumahnya itu sebagai tanda sokongan terhadap kempen Kami Prihatin.

Astro Awani dan rangkaian radio Astro pula telah memberi jaminan bekerjasama dengan Utusan Malaysia dalam perkongsian berita dan beberapa program lain bagi mempromosi dan menjayakan kempen tersebut.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:46
Zuhur 1:07
Asar 4:15
Maghrib 7:09
Isyak 8:18



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.