saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 25/03/2010

Kempen perlu disertai semua peringkat umur - Gapena

KUALA LUMPUR 24 Mac - Gabungan Penulis Nasional (Gapena) mencadangkan supaya kempen Kami Prihatin diperluas kepada semua peringkat umur terutama kanak-kanak bagi memastikan keberkesanan untuk jangka panjang.

Ketua II Gapena, Profesor Datuk Dr. Abdul Latif Bakar berkata, kempen juga perlu mengutamakan aspek praktikal dengan memaparkan kes-kes buang bayi dan penderaan kanak-kanak kepada golongan remaja bagi menimbulkan kesedaran mereka terhadap isu itu.

Menurutnya, pihaknya menyokong penuh kempen Kami Prihatin anjuran Utusan Malaysia dan sedia merangka beberapa program yang selari dengan matlamat kempen itu.

Ini kerana, jelasnya, kempen tersebut merupakan sesuatu yang baik dan tepat pada masanya kerana gejala sosial kini menjadi ancaman utama terhadap golongan muda di negara ini.

''Gapena sedia bersama-sama menjayakan kempen ini kerana pembasmian gejala sosial adalah tanggungjawab semua pihak.

''Gapena mempunyai ramai pakar dalam bidang penulisan yang boleh menyumbangkan idea kreatif dalam usaha menarik minat golongan muda terhadap isu ini,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Menurutnya, kempen itu juga boleh menyelitkan program diskusi yang melibatkan golongan muda sebagai ahli panel bagi membincangkan tentang gejala sosial di kalangan remaja.

''Pemilihan golongan muda sebagai ahli panel boleh dijadikan daya tarikan selain dapat menyelami persepsi golongan muda mengenai isu tersebut.

''Artis dan tokoh generasi muda adalah calon yang sesuai untuk menyampaikan mesej kempen ini,'' jelasnya.

Abdul Latif berkata, beliau berbangga dengan usaha Utusan Malaysia yang mempunyai keprihatinan tinggi terhadap isu-isu dalam masyarakat.

''Sebelum ini media hanya menumpukan aspek politik dan hiburan sahaja dan tindakan Utusan Malaysia merupakan sesuatu yang perlu dicontohi.

''Semua pihak terutama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) perlu menyokong niat murni kempen ini dengan bersama-sama membantu menyelamatkan generasi muda negara ini,'' katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:46
Zuhur 1:07
Asar 4:15
Maghrib 7:09
Isyak 8:18



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.