saya nak baca ..

LUAR NEGARA


ARKIB : 26/03/2010

Seks gereja merebak ke AS


Peter Isley (tengah), John Pilmaier (kiri) dan Barbara Blaine kesemua dari Amerika Syarikat memegang gambar Kardinal Tarcisio Bertone (atas) dan Pope Benedict XVI semasa menyertai demonstrasi membantah skandal seks melibatkan kanak-kanak di hadapan Dataran St. Peter di Vatican, semalam. Isley, Pilmaier dan Blaine didakwa menjadi mangsa seks oleh paderi-paderi di Gereja Roman Katolik. - Reuters


WASHINGTON 25 Mac - Dakwaan terbaru berhubung cubaan menutup kes fidofilia menghantui Pope Benedict XVI semalam apabila seorang paderi Amerika Syarikat (AS) didakwa meliwat hingga 200 budak lelaki cacat pendengaran, menurut fail gereja yang diperoleh oleh The New York Times.

Dokumen mengenainya yang dikemukakan sebagai sebahagian tindakan guaman terhadap sebuah sekolah kanak-kanak pekak di negeri Wisconsin, AS menunjukan hubungan langsung antara paderi yang didakwa itu dengan Kardinal Joseph Ratzinger pada 1996, lapor akhbar berkenaan.

Perbicaraan terhadap Murphy dihentikan selepas beliau menulis terus kepada Ratzinger untuk memprotes sebarang tindakan terhadap perbuatan tersebut.

''Saya hanya mahu menghabiskan baki hidup saya sebagai paderi bermaruah,'' kata Murphy kepada bakal pope itu.

''Beliau juga memohon bantuan jujur Ratzinger terhadap perkara itu.

''Dokumen berkenaan tidak mengandungi sebarang respons daripada Ratzinger dan Murphy meninggal dunia dua tahun kemudian ketika masih menjadi paderi,'' kata akhbar itu.

Murphy bekerja di sekolah tersebut dari 1950 hingga 1974.

Kes berkenaan melibatkan empat saman yang dikemukakan oleh lima orang di mana para peguam mereka menyerahkan dokumen rahsia lama gereja kepada akhbar berkenaan.

Kes berkenaan didedahkan ketika skandal penderaan seks melibatkan ilmuan Katholik di beberapa negara termasuk Ireland, Austria, Belanda dan Switzerland sedang sibuk diperkatakan.

Skandal berkenaan semakin hampir kepada pope sendiri.

Dalam kes di negara asalnya, Pope Jerman berkenaan ketika masih merupakan Biskop di sana pada 1980 telah meluluskan perlindungan di gereja kepada seorang pederi yang disyaki melakukan penderaan seks terhadap seorang kanak-kanak ketika dia menerima terapi.

Pope telah memohon maaf dalam satu surat terhadap penderaan seks oleh paderi Ireland tetapi mangsa berpendapat ia tidak cukup untuk menangani skandal yang semakin menular itu.

Dalam dokumen gereja di Wisconsin, The New York Times berkata, terdapat tiga Biskop diberitahu tentang perbuatan Murphy melakukan penderaan seksual terhadap kanak- kanak, namun insiden berkenaan tidak pernah dilaporkan kepada pihak berkuasa. - AFP

Akhbar berkenaan memetik jurucakap Vatican, Federico Lombardi sebagai berkata, kes berkenaan adalah sesuatu yang tragik dan Murphy telah menzalimi kanak-kanak malang.

Bagaimanapun beliau menjelaskan, pihak berkuasa telah menyiasat kes berkenaan dan menolaknya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:43
Zohor 1:18
Asar 4:44
Maghrib 7:27
Isyak 8:43



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.