saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 26/03/2010

Artis popular sertai Kami Prihatin

KUALA LUMPUR 25 Mac - Kempen Kami Prihatin anjuran Utusan Malaysia terus mendapat sokongan ramai dengan terbaru, beberapa artis popular tanah air pula mengesahkan penyertaan mereka untuk menjayakan program amal ini.

Artis berkenaan ialah penyanyi popular Datuk Siti Nurhaliza, Anuar Zain, Misha Omar dan Amy Mastura.

Tidak ketinggalan mahu menjayakan kempen kemanusiaan ini ialah juara Akademi Fantasia 3, Asmawi Ani atau Mawi dan Aizat.

Beberapa artis popular lain yang terlebih dulu mengesahkan penyertaan ialah pengacara popular, Aznil Nawawi, Adibah Noor, Maya Karin dan Erra Fazira.

Kesemua mereka akan bergabung suara dalam lagu Harapan Tanpa Suara hasil ciptaan komposer S. Atan dan lirik tulisan Habsah Hassan.

Lagu berkenaan yang akan dirakamkan oleh kesemua artis berkenaan pada 30 Mac ini dicipta khas sempena kempen Kami Prihatin yang turut mendapat kerjasama Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Kempen Kami Prihatin ini juga disokong oleh Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) dan Astro.

Bagi Siti Nurhaliza yang tidak lokek memberi sokongan kepada kerja-kerja sosial, kempen Kami Prihatin anjuran Utusan Malaysia ini sangat murni dari aspek kemanusiaan.

"Selalunya saya cuba mencari ruang untuk sama-sama terlibat dalam kerja-kerja meningkatkan kesedaran di kalangan masyarakat berhubung isu-isu kemanusiaan," katanya.

Sementara itu, Amy Mastura yang juga banyak terbabit dalam kerja-kerja sosial khususnya melibatkan isu wanita dan kanak-kanak, tidak mahu ketinggalan menyumbang tenaga dan suara bagi menjayakan projek amal ini.

Beliau bersetuju memberikan komitmen terhadap kempen ini kerana merasakan ia wajar dihayati oleh segenap lapisan masyarakat.

"Dengan penyertaan media seperti Utusan Malaysia, saya yakin usaha ini akan membuka jalan untuk pihak berwajib mencari mekanisme membanteras gejala sosial yang semakin menjadi-jadi.

"Bahkan, saya juga percaya masyarakat akan lebih terbuka dan sama-sama membantu kerajaan menangani masalah ini," kata penyanyi yang juga ibu dua orang cahaya mata itu lagi.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:46
Zuhur 1:07
Asar 4:15
Maghrib 7:09
Isyak 8:18



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.