saya nak baca ..

MUKA HADAPAN


ARKIB : 27/03/2010

MPN:Tengku Abdul Aziz dipecat


AISERI Alias (dua dari kanan) membaca perisytiharan pembatalan Tengku Abdul Aziz Hamzah sebagai Yang Dipertua Majlis Perajaan Negeri Kelantan di Kota Bharu, semalam.


KOTA BHARU 26 Mac - Konflik yang melanda Istana Kelantan seolah-olah tiada kesudahannya apabila hari ini satu lagi perkembangan berlaku, sekali gus menimbulkan pertanyaan di kalangan rakyat, bilakah ia akan berakhir.

Persoalan tersebut timbul apabila Yang Dipertua (YDP) Majlis Perajaan Negeri (MPN) Tengku Abdul Aziz Tengku Mohd. Hamzah yang didakwa dilantik sebagai Pemangku Raja oleh Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra dipecat daripada jawatankuasa berkenaan.

Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra yang merupakan Pemangku Raja Kelantan yang sah mengeluarkan titah berkenaan dan menggantikan Tengku Abdul Aziz dengan datuk saudara baginda, Tengku Abdul Halim Sultan Ibrahim.

Titah baginda dibacakan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd. Aiseri Alias dan berkuat kuasa serta-merta selepas satu mesyuarat tertutup oleh ahli-ahli MPN di kediaman rasmi Tengku Muhammad Faris di Istana Telipot malam tadi.

"Bagi menjunjung titah perintah Tengku Muhammad Faris, dengan ini saya memaklumkan Tengku Abdul Aziz dibatalkan pelantikan dan dilepaskan daripada menjadi YDP MPN berkuat kuasa semalam.

"Saya juga ingin memaklumkan bahawa baginda telah mengampuni perkenan dan melantik Tengku Abdul Halim menggantikan jawatan itu," katanya di pejabatnya di sini hari ini.

Tengku Abdul Halim yang juga Tengku Laksamana Kelantan merupakan bapa saudara kepada Sultan Ismail Petra.

Sementara itu, Tengku Muhammad Faris yang juga anakanda sulung Sultan Kelantan dilantik menjadi Pemangku Raja Kelantan pada 24 Mei tahun lalu selepas Tuanku Ismail Petra gering.

Semalam, Istana Kelantan 'bergoncang' apabila 'Setiausaha Sulit' Sultan Kelantan, Datuk Wan Hashim Wan Daud membuat kenyataan yang didakwa titah Tuanku Ismail Petra menyatakan bahawa Tengku Muhammad Faris dilucutkan daripada jawatan itu dan digantikan dengan Tengku Abdul Aziz.

Kenyataan tersebut dikeluarkan beliau di kediaman rasmi Tuanku Ismail Petra di Istana Mahkota, Kubang Kerian ketika Tengku Muhammad Faris berada di Singapura.

Bagaimanapun, perlucutan jawatan tersebut disangkal oleh Istana Kelantan kerana menganggap Tengku Muhammad Faris dilantik secara sah mengikut Perlembagaan Negeri.

Pengumuman Wan Hashim itu mencetuskan kontroversi terbaru apabila sebelum ini dia juga tampil menyampaikan 'titah' tuanku yang bertitah agar semua sambutan sempena hari keputeraan baginda pada 30 Mac ini dibatalkan.

Beberapa jam selepas membuat kenyataan berhubung perlucutan jawatan itu, Wan Hashim ditahan oleh sepasukan anggota Polis Diraja Malaysia di kediamannya di Taman Seri Aman di sini pada pukul 8.40 malam.

Kongsi Konten di :

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.