saya nak baca ..

POLITIK


ARKIB : 27/03/2010

MIC mahu Palanivel

KUALA LUMPUR 26 Mac - MIC mencadangkan Timbalan Presiden partinya, Datuk G. Palanivel sebagai calon Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor akan datang.

Presidennya, Datuk Seri S. Samy Vellu berkata, beliau akan mengemukakan cadangan itu kepada Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak sejurus Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengisytiharkan kekosongan kerusi tersebut.

Menurutnya, Palanivel ialah calon yang sesuai bagi Parlimen itu kerana beliau memegang jawatan sebagai Ahli Parlimen Hulu Selangor sejak 1990 hingga Mac 2008 lalu.

''Walaupun beliau tidak dapat mempertahankan jawatan itu pada pilihan raya lalu, Palanivel masih menjalankan tanggungjawabnya dan membuat yang terbaik kepada masyarakat Hulu Selangor.

''Saya amat yakin BN mampu menawan semula kerusi Hulu Selangor dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) jika Palanivel dipilih sebagai calon," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Sementara itu, Palanivel ketika dihubungi berkata, turut yakin BN mampu memenangi semula kerusi itu.

Bagaimanapun, beliau enggan mengulas cadangan MIC yang memilihnya sebagai calon BN.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.