saya nak baca ..

POLITIK


ARKIB : 27/03/2010

Ka Ting calon Presiden terbaik

KUALA LUMPUR 26 Mac - Bekas Presiden MCA, Tan Sri Ong Ka Ting merupakan calon terbaik untuk memegang jawatan Presiden dalam pemilihan parti itu Ahad ini.

Bekas Timbalan Presiden MCA, Tan Sri Lim Ah Lek berkata, terdapat tiga sebab yang munasabah untuk menerima semula Ka Ting menerajui parti itu.

Katanya, bekas Presiden tersebut bukan sahaja mempunyai kepimpinan yang baik malah berupaya menyatupadukan ahlinya dan bebas daripada sebarang skandal.

"Jelas Ka Ting merupakan calon terbaik dalam pertandingan tiga penjuru ini.

"Beliau juga rela mengambil tanggungjawab selepas Barisan Nasional (BN) mengalami tsunami politik dalam pilihan raya umum lalu, walaupun ia bukan sepenuhnya kesalahan MCA,'' katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini.

Menurut Ah Lek, Ka Ting juga berupaya menyelesaikan krisis dalaman parti semasa menjadi Presiden dengan kejayaannya menangani isu team A dan B yang bertelagah lebih dua tahun.

"Di samping itu, saya tidak pernah dengar Ka Ting terlibat dalam apa jua skandal selama ini," katanya.

Dalam pada itu Ah Lek berkata, beliau tidak faham seorang pemimpin yang telah mengakui terlibat dalam skandal seks tetapi masih mahu bertanding dalam pemilihan parti.

"Ini merupakan kali pertama berlaku di dunia ini kerana biasanya, seorang pemimpin yang terlibat dalam skandal seks akan meletak jawatan dan terus bersara.

"Pemimpin sebegini masih mahu bertanding jawatan nombor satu parti. Kalau beliau menang, penyebaran skandal seksnya akan hangat sekali lagi dalam Internet,'' katanya.

Tambahnya, pada masa sama, orang ramai akan mentertawakan pemimpin dan parti itu serta Malaysia turut mendapat malu.

Mengenai politik wang yang didakwa wujud menjelang pemilihan baru parti itu, Ah Lek meminta para perwakilan supaya menolak rasuah bagi mempertahankan moral dalam parti tersebut.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.