saya nak baca ..

POLITIK


ARKIB : 27/03/2010

Undi perwakilan pusat MCA bernilai RM5,000?

KUALA LUMPUR 26 Mac - Bekas Ahli Jawatankuasa Pusat (CC) MCA, Wong Nai Chee mendedahkan menerima banyak aduan berhubung pemberian rasuah kepada perwakilan selepas hari pencalonan parti, Isnin lalu.

Katanya, beliau menerima aduan berkenaan daripada ahli akar umbi parti itu di seluruh negara melalui telefon dan khidmat pesanan ringkas (SMS) yang mendakwa pemimpin tertentu cuba memberi rasuah bagi 'membeli' undi.

"Saya telah menerima banyak aduan sebegini melalui SMS dan telefon daripada perwakilan pusat atau ahli-ahli parti dari Kedah, Johor dan lain-lain.

"Menurut SMS itu, harga yang ditawarkan sebanyak RM5,000 kepada para perwakilan pusat supaya mereka akan menyokong pemimpin tertentu," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di Wisma MCA di sini hari ini.

Turut hadir dua bekas ahli CC MCA, Datuk Yu Chok Tow dan Datuk Wong Mook Leong.

Rabu lalu, Setiausaha Agung MCA, Datuk Wong Foon Meng memberi amaran kepada calon-calon yang akan bertanding pada pemilihan baru parti, Ahad ini supaya tidak terlibat dengan rasuah untuk memastikan kemenangan masing-masing.

Menurutnya, ahli jawatankuasa EGM tersebut akan memantau dengan teliti aktiviti-aktiviti calon bagi mengelakkan mereka melanggar kod tata etika pemilihan.

Katanya, ibu pejabat MCA menerima banyak aduan tentang cubaan merasuah perwakilan oleh calon atau proksi mereka serta percubaan perwakilan meminta wang daripada calon walaupun ada dakwaan aduan itu tidak berasas.

Dalam pada itu, Nai Chee menyaran semua ahli agar memberi kerjasama kepada parti dalam memantau rasuah bagi menghapuskan amalan yang tidak sihat ini.

"Jika ahli-ahli mendapati rasuah berkenaan berlaku, sila catat situasi tersebut termasuk masa, lokasi, orang yang terlibat dan nilai wang tunai yang ditawarkan dan terus melaporkannya.

"Selepas Ibu Pejabat MCA mendapati semua bukti kukuh tentang rasuah itu, ia akan dihantar dan disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)," katanya.

Dalam pada itu, Mook Leong berkata, ini merupakan kali pertama pemilihan MCA dikecohkan dengan politik wang.

"Saya telah menyertai MCA selama 33 tahun, ini merupakan kali pertama saya dengar wujudnya politik wang dalam parti ini.

"Selepas menerima banyak aduan berhubung rasuah perwakilan pusat, ia telah menunjukkan politik wang telah berlarutan dalam MCA," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.