saya nak baca ..

POLITIK


ARKIB : 27/03/2010

Ka Ting tak kecil hati tentang sindiran

SUNGAI PETANI 26 Mac - Bekas Presiden MCA, Tan Sri Ong Ka Ting tidak berkecil hati dengan pelbagai sindiran dan tuduhan yang dilemparkan terhadapnya ekoran keputusan beliau untuk bertanding semula merebut jawatan tertinggi dalam parti.

Sebaliknya, beliau menyerahkan kepada para perwakilan untuk menentukan nasib dan masa depannya dalam pemilihan parti itu Ahad ini.

"Bila saya membuat keputusan untuk bertanding, macam-macam perkara tak betul timbul. Tetapi tak apalah, saya rasa semua perwakilan tahu, siapa benar siapa salah.

"Saya berpegang pada prinsip keadilan dan demokrasi serta yakin dengan pengalaman yang ada, saya mampu menyatukan semula MCA yang dilanda krisis kritikal," katanya kepada pemberita sebelum mengadakan pertemuan dengan pemimpin dan perwakilan MCA Kedah di Taman Ria Jaya di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas kenyataan bekas Setiausaha Agung MCA, Tan Sri Dr. Ting Chew Peh semalam yang meminta para perwakilan tidak memberi ruang kepada 'pemimpin kitar semula' pada pemilihan parti itu Ahad ini.

Sehubungan itu kata Chew Peh, para perwakilan sepatutnya memberi peluang sama ada kepada Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat atau bekas Timbalan Presiden, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek untuk menerajui parti tersebut.

Katanya, MCA memerlukan pemimpin baru untuk menyatupadukan perpaduan dan membawa parti kembali semula ke landasan yang betul.

Kenyataan Chew Peh itu secara langsung merujuk kepada Ka Ting yang sebelum ini telah berundur daripada politik tetapi mahu membuat kemunculan semula dengan alasan mengembalikan perpaduan dalam MCA.

Menurut Ka Ting, walaupun mengaku berat hati dengan keputusan bertanding semula itu, namun ia terpaksa diteruskan selepas mendengar rayuan ikhlas daripada sebahagian besar veteran, perwakilan dan ahli di peringkat akar umbi.

"Ramai pemimpin memujuk saya bertanding semula. Ini kerana mereka mahu melihat parti keluar daripada kemelut. Mereka rasa kalau salah seorang daripada dua pemimpin MCA sedia ada menang, masalah yang sama akan timbul dan tiada penyelesaian," jelasnya.

Tambah beliau, kebanyakan ahli juga dikatakan menaruh harapan tinggi terhadap beliau untuk menyatukan semula parti yang mewakili masyarakat Cina dalam Barisan Nasional (BN) itu.

"Mereka yakin dengan track record saya. Semasa saya pimpin MCA, saya berjaya satukan semula MCA yang ketika itu berpecah kepada team A dan team B dalam masa singkat.

"Saya juga dapat membawa MCA menghadapi pilihan raya umum dan kami mendapat keputusan yang memuaskan. Mungkin kerana pengalaman dan rekod itu, ramai mengharapkan sesuatu yang baik daripada saya," katanya.

Dalam pada itu, Ka Ting mendakwa, beberapa Ketua Bahagian MCA di negeri Kedah kini sedang menghadapi tekanan daripada pihak tertentu kerana diminta tidak menyatakan sokongan kepada beliau.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.