saya nak baca ..

POLITIK


ARKIB : 27/03/2010

Nai Kwong nafi terbabit politik wang

MELAKA 26 Mac - Ketua MCA Bahagian Bukit Katil, Datuk Koh Nai Kwong menafikan dakwaan bahawa beliau akan menyalurkan wang kepada perwakilan untuk menyokong Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek pada pemilihan parti itu Ahad ini.

Menurut beliau, artikel berbentuk surat kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang disiarkan dalam sebuah blog itu sebenarnya cuba memfitnah beliau.

"Ini merupakan fitnah bagi mencemarkan nama saya.

"Ia menuduh saya cuba menyalurkan wang kepada perwakilan sebagai ganjaran supaya mereka memilih Soi Lek sebagai Presiden," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata demikian selepas membuat laporan polis di Balai Polis Melaka Tengah ekoran artikel yang disiarkan oleh laman blog www.mcaanticorruption.blogspot.com.

Bagaimanapun Utusan Malaysia ketika cuba melayari laman tersebut mendapati artikel yang dikaitkan dengan Nai Kwong telah dibuang.

Mengulas lanjut Nai Kwong menyifatkan laman blog itu sengaja cuba memburuk-burukkan beliau dengan mengaitkannya dengan politik wang dan cuba mempengaruhi perwakilan menjelang pemilihan jawatan tertinggi parti itu hujung minggu ini.

Jelasnya, calon-calon yang bertanding dalam pemilihan tersebut bertanding berdasarkan keupayaan sendiri demi masa depan MCA.

Mengulas lanjut beliau berkata, artikel tersebut juga mengaitkan beberapa orang kuat Soi Lek di beberapa negeri lain dengan tuduhan yang serupa.

Katanya, beliau menyedari tentang artikel tersebut kira-kira pukul 3 petang ini dan terus membuat laporan polis selepas itu.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.