saya nak baca ..

REKREASI


ARKIB : 27/03/2010

Menakluk puncak Yong Yap, Tok Nenek


SEBAHAGIAN daripada peserta Kelab Kembara ARCIIUM yang menyertai ekspedisi.


PADA cuti semester yang lalu, Kelab Kembara Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (ARCIIUM) menganjurkan program mendaki Gunung Yong Yap dan Gunung Tok Nenek di Perak.

Ekspedisi tiga hari yang bermula pada 24 Januari lalu bertujuan mengisi masa lapang ahli-ahli kelab dengan aktiviti berfaedah serta memupuk minat mendaki di kalangan ahli.

Seramai 18 peserta terdiri daripada 16 lelaki dan dua pendaki perempuan menyertai ekspedisi kali ini selepas melepasi ujian ketahanan fizikal dan mental yang dilakukan selama sebulan.

Ujian setiap minggu merupakan saringan biasa yang harus dilalui setiap pendaki sebelum mengikuti sebarang ekspedisi mendaki gunung.

Apatah lagi cabaran kali ini adalah pendakian dua buah gunung serentak. Gunung Yong Yap setinggi 7,110 kaki dan Gunung Tok Nenek setinggi 6,248 kaki dari paras laut.

Kedua-dua puncak ini terkenal dengan pemandangan penuh banjaran Titiwangsa yang dapat dilihat kerana jarak penglihatan seluas 360 darjah dari puncak berkenaan.

Pendakian bermula

Bermula dari Pos Brooke, perjalanan ke Kem Tahak dilakukan kira-kira pukul 9 pagi diketuai oleh juru pandu berpengalaman yang terkenal dengan panggilan Pak Kassim. Dia merupakan penduduk tempatan yang cukup dikenali sebagai juru pandu Gunung Yong Yap.

Seperti kata Pak Kassim, perjalanan pada hari pertama memang agak 'ringan'. Kebanyakan laluannya mendatar dan hanya sebahagian kecil daripadanya berbukit.

Selepas kira-kira dua jam berjalan di laluan balak, kami tiba di sungai 'Y' yang merupakan persimpangan trek ke Gunung Yong Yap dan Gunung Tok Nenek.

Sebelum memilih laluan ke Yong Yap, perjalanan dihentikan seketika untuk makan tengah hari. Masing-masing mengeluarkan bekalan makan tengah hari berisi nasi goreng ikan bilis yang dimasak pada sebelah pagi sambil menikmati pemandangan yang mendamaikan.

Dari situ, perjalanan ke Kem Tahak masih berbaki kira-kira tiga jam.

Setibanya di Kem Tahak, khemah didirikan dan menu untuk makan malam mula rancak disediakan. Selepas seharian meredah hutan dan belukar, kepenatan dibalas dengan keenakan ayam masak merah dan sup sayur.

Perjalanan pada hari kedua jauh lebih mencabar kerana kebanyakan trek yang dilalui semuanya tegak dan mencanak tinggi. Hanya kekuatan fizikal dan daya tahan mental yang tinggi dapat memastikan perjalanan bergerak lancar.

Selepas satu jam kumpulan tiba di punca air terakhir untuk mengisi botol air lima liter sebagai bekalan di tapak perkhemahan iaitu Puncak Bubu.

Setelah hampir tiga jam berjalan dari punca air, kami tiba di Simpang Bubu yang merupakan simpang antara Puncak Yong Yap dan Puncak Bubu. Dengan jarak ke puncak yang cuma tinggal 30 minit perjalanan, kami meninggalkan semua beg di Puncak Bubu dan menuju ke Puncak Yong Yap.

Pemandangan indah dilihat dari puncak, langit yang membiru serta pancaran matahari yang memanah terik mencantikkan lagi panorama banjaran titiwangsa dan beberapa puncak gunung dilihat dari situ. Selepas menikmati kepuasan berada di puncak, kami turun semula ke Puncak Bubu, tapak perkhemahan kami untuk malam kedua.

Destinasi seterusnya adalah ke Puncak Tok Nenek. Cabaran perjalanan banyak dikelirukan dengan 'puncak-puncak palsu' menjadikan perjalanan terasa seperti sangat jauh walaupun hanya memakan masa dua jam.

Kami tiba di puncak Gunung Tok Nenek yang diselubungi kabus tebal. Walaupun jarak penglihatan yang sangat terhad akibat kabus tebal, kepuasan jelas tergambar pada wajah setiap ahli kelab.

Selepas bergambar, kami meneruskan perjalanan turun ke Kem Belumut yang dipenuhi pokok-pokok buluh tumbang yang mengasyikkan pemandangan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.