saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 27/03/2010

Wanita UMNO gerakkan kempen ke negeri-negeri

KUALA LUMPUR 26 Mac - Biro Pembangunan Kanak-Kanak, Pergerakan Wanita UMNO menyokong usaha akhbar Utusan Malaysia yang prihatin terhadap gejala pembuangan bayi dengan menganjurkan kempen Kami Prihatin.

Sehubungan itu, Pengerusinya, Che Arpah Ariffin berkata, pihaknya akan turut mengerakkan usaha di peringkat negeri supaya kempen kemanusiaan itu mencapai matlamatnya.

Sambil merakamkan tahniah kepada Utusan Malaysia di atas penganjuran kempen itu, Che Arpah berkata, usaha murni tersebut tepat pada masanya disebabkan gejala pembuangan bayi semakin kritikal.

''Biro ini akan bersama-sama dengan Utusan Malaysia untuk menjayakan kempen ini,'' katanya dalam kenyataan akhbar di sini hari ini.

Kempen Kami Prihatin anjuran Utusan Malaysia ini mendapat kerjasama Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) serta Astro.

Che Arpah berkata, biro berkenaan akan bekerjasama dengan semua ahli di peringkat akar umbi supaya dapat diberi penerangan dan kesedaran kepada segenap kelompok masyarakat.

''Ia akan melibatkan bukan sahaja remaja malah ibu bapa dan masyarakat supaya kes pembuangan bayi tidak lagi menjadi trend yang menakutkan semua pihak,'' katanya.

Beliau berharap pelbagai lapisan masyarakat tampil membantu untuk menjayakan kempen ini.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:46
Zuhur 1:07
Asar 4:15
Maghrib 7:09
Isyak 8:18



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.