saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 27/03/2010

Kempenperlu beri gambaran jelas

KUALA LUMPUR 26 Mac - Kempen Kami Prihatin merupakan usaha murni dan tepat pada masanya namun keberkesanannya perlu meninggalkan sesuatu yang signifikan kepada mereka yang melihat dan mendengarnya.

Pensyarah Fakulti Pendidikan Universiti Malaya (UM), Profesor Dr. Mariani Md. Nor berkata, perkara yang perlu ditekankan dalam kempen itu ialah memberi gambaran jelas kes-kes buang bayi dan penderaan kanak-kanak serta impak negatif jika ia berterusan berlaku.

Ini kerana, kata beliau, kempen yang baik dan berjaya perlu disertai dengan impak berkesan dengan disertakan strategi dan modus operandi sesuai dengan keadaan semasa.

"Kalau bercakap sahaja, orang tidak melihat impaknya. Perlu guna banyak deria untuk lebih mengingati. Justeru kempen seperti ini adalah sesuatu yang baik tetapi perlu ada keberkesanan.

"Misalnya kes buang bayi. Jika bercerita sahaja, orang tidak akan dapat gambaran. Seeloknya kumpul keratan dan ceritakan bagaimana bayi itu dibuang.

"Ini boleh menimbulkan rasa takut di kalangan mereka yang melihat dan mendengar sekali gus meninggalkan impak mendalam bagi mereka yang melihat untuk tidak melakukannya," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini semalam.

Kempen Kami Prihatin dianjurkan oleh Utusan Malaysia dengan kerjasama Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Karyawan serta Astro.

Mariani berkata, dalam institusi pekerjaan dan pendidikan, kaunselor perlu memainkan peranan dan terlibat sama dalam memberi nasihat secara individu mahupun berkelompok dengan pendekatan lebih mesra.

"Seeloknya gambaran yang positif juga diberikan kepada khalayak khususnya anak muda sekiranya bayi tidak dibuang. Misalnya kita boleh andaikan mereka bakal menjadi orang yang berguna di masa depan dan usaha ini tentunya dapat membendung masalah yang berlaku seperti hari ini," katanya.

Sementara itu kaunselor bebas, Khairul Anuar Maswan berpendapat, kemajuan insani perlu diperhebatkan selaras dengan kemajuan negara dalam usaha membendung gejala sosial tersebut.

Menurutnya, kerajaan perlu memperkasakan semula program masyarakat penyayang selain memperkemaskan kembali institusi perkahwinan.

"Mekanisme kemasyarakatan masa kini semakin longgar dan ini perlu diperkukuhkan. Mungkin kita boleh melaksanakan semula program masyarakat penyayang.

"Di negara Afrika, mendidik anak melibatkan satu kampung. Mereka sangat prihatin terhadap satu sama lain. Malah, saya percaya ibu bapa perlu melibatkan diri dalam hal-hal kemasyarakatan," katanya.

Khairul Anuar berkata, tanggungjawab sosial di kalangan golongan korporat dan swasta juga perlu dipertingkatkan dalam isu-isu berkaitan kes dera dan pembuangan bayi dalam usaha memberi kesedaran kepada orang ramai.

Menurutnya, anak-anak yang sudah mencapai umur baligh juga perlu dididik mengenai seks agar mereka mengetahui makna dan akibatnya.

"Surah An-Nur ayat 1 hingga 10 ada menceritakan tentang seks tetapi kenapa kita tak mahu menggunakannya untuk mengajar anak-anak mengenai perkara tersebut," katanya lagi.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:46
Zuhur 1:07
Asar 4:15
Maghrib 7:09
Isyak 8:18



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.