saya nak baca ..

UTARA


ARKIB : 27/03/2010

Peranan bomba sukarela terus diiktiraf

ALOR SETAR 26 Mac - Sejak program penubuhan bomba sukarela diperkenalkan pada 1987, kewujudan pasukan itu telah banyak memberi manfaat kepada masyarakat setempat.

Penubuhannya dilihat berjaya dalam membantu Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menjalankan tugas kebombaan termasuk pemadaman kebakaran serta keselamatan dengan lebih berkesan.

Malah, pasukan itu juga dilihat berperanan sebagai jambatan yang menghubungkan JBPM dengan rakyat dalam usaha memupuk kesedaran kepada orang awam tentang pentingnya mencegah kebakaran.

Sehingga kini terdapat sejumlah 353 pasukan bomba sukarela dengan keahlian 13,779 sukarelawan di seluruh negara.

Di Kedah sahaja merekodkan penubuhan sebanyak 40 pasukan di seluruh pelosok negeri ini termasuk Pasukan Bomba Bedong, Kuala Ketil, Tunjang, Karangan, Seberang Nyonya, Padang Lembu, Jalan Kilang Tebu dan Pasukan Bomba Sukarela Megat Dewa.

Mereka bergiat aktif untuk berganding bahu bersama-sama JBPM memberi khidmat bakti kepada masyarakat khususnya di kawasan-kawasan luar bandar atau pekan terpencil yang tidak terdapat balai bomba.

Secara umumnya, tujuan penubuhannya antara lain ialah bagi menggalakkan penduduk setempat mengambil tindakan awal jika berlaku kebakaran atau kecemasan sebelum ketibaan JBPM di tempat kejadian.

Selain itu, kewujudannya juga dapat membantu memberikan khidmat nasihat keselamatan kebakaran kepada orang ramai, mengeratkan hubungan dengan JBPM dan membantu penjagaan pili bomba di kawasan masing-masing.

Sehubungan itu, kerajaan berhasrat untuk terus meningkatkan operasi pasukan-pasukan bomba sukarela dari semasa ke semasa.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Kong Cho Ha berkata, selaras dengan hasrat tersebut, pelbagai kaedah sama ada menerusi latihan atau konvensyen terus diadakan bagi memperkasakan lagi pasukan berkenaan.

Menurut beliau, kerajaan turut menghulurkan bantuan seperti membekalkan peralatan termasuk baju api sebagai usaha menambah baik dan menghargai perkhidmatan bomba sukarela.

Katanya, dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9), sebanyak 100 buah jentera yang dilengkapi hos, pam-pam angkut bersama dengan kelengkapan dan aksesorinya berjumlah RM9.7 juta telah diserahkan kepada bomba sukarela di seluruh negara.

Selain itu, sejak 2002 hingga 2006, sebanyak 49 buah jentera bomba sumbangan kerajaan Jepun yang dibaik pulih telah diagihkan kepada pasukan-pasukan bomba sukarela yang aktif.

"Oleh itu, diharapkan pasukan-pasukan bomba sukarela dapat melaksanakan tugas mereka dengan sebaik mungkin dan akan mematuhi segala peraturan yang ditetapkan oleh JBPM dalam penggunaan, pengendalian, pemanduan dan penyelengaraan aset-set kerajaan yang telah diberikan.

"Ia perlu dijaga sebaik mungkin supaya boleh berfungsi dengan baik apabila menghadiri sesuatu operasi," katanya.

Beliau berucap demikian pada Majlis Penyerahan Bantuan Kelengkapan Kepada Pasukan Bomba Sukarela Negeri Kedah 2010 di Ibu Pejabat JBPM negeri di Jalan Tun Razak di sini baru-baru ini.

Hadir sama ialah Pengarah JBPM Kedah, Zainuddin Md. Alip.

Dalam pada itu, Cho Ha menyarankan kepada semua pasukan bomba sukarela supaya saling merujuk kepada JBPM sama ada di peringkat negeri mahu pun daerah untuk melaksanakan program-program bersepadu yang lebih berkesan.

Katanya, latihan asas dan ulangan serta lain-lain latihan terkini juga akan dikendalikan oleh JBPM agar anggota-anggota bomba sukarela akan dapat menangani insiden-insiden kebakaran secara lebih profesional.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.