saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 28/03/2010

Puteri UMNO perhebat kempen

SUNGAI PETANI 27 Mac - Pergerakan Puteri UMNO akan memperhebatkan usaha mendekati wanita muda di seluruh negara bagi meningkatkan kesedaran terhadap penularan gejala pembuangan bayi yang amat membimbangkan sejak akhir-akhir ini.

Naib Ketuanya, Shahanim Mohd. Yusof berkata, program yang bakal bermula dalam tempoh terdekat itu juga sebagai sokongan terhadap kempen Kami Prihatin yang dianjurkan akhbar Utusan Malaysia.

"Puteri UMNO melahirkan penghargaan terhadap akhbar Utusan Malaysia kerana melancarkan kempen yang penting untuk kebaikan bersama.

"Malah sebagai tanda sokongan, pihak kami akan menggerakkan program khusus membabitkan golongan wanita muda untuk bersama-sama mencegah kes pembuangan bayi.

"Sasaran khusus kami ialah golongan pekerja kilang, lepasan sekolah dan juga kanak-kanak seawal usia remaja yang baru memasuki alam sekolah menengah," katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Kempen Kami Prihatin anjuran Utusan Malaysia itu turut mendapat kerjasama Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) serta Astro.

Shahanim berkata, Puteri UMNO juga bersedia menggunakan laporan dan pendedahan kes-kes buang bayi di dalam akhbar bagi mengajak masyarakat tampil membantu mengurangkan gejala tersebut.

"Puteri UMNO mempunyai rangkaian yang luas di kalangan wanita muda seperti golongan yang bekerja serta kalangan penuntut institusi pengajian tinggi (IPT)," jelasnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:46
Zuhur 1:07
Asar 4:15
Maghrib 7:09
Isyak 8:18



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.