saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 28/03/2010

Sayangi anak-anak


DARI KIRI:Siti Nurhaliza,Erra Fazira,Aznil Hj Nawawi


MEREKA tidak berdosa, mereka tidak bersalah tetapi kenapa mereka menjadi mangsa kekejaman manusia yang tidak berhati perut? Itulah persoalan yang menjadi mainan difikiran kita tatkala bercerita mengenai kes penderaan dan penganiayaan bayi serta kanak-kanak yang semakin menjadi-jadi buat masa ini.

Atas keprihatinan terhadap isu membuang bayi yang semakin meningkat akhir-akhir ini, Utusan Malaysia telah melancarkan kempen Kami Prihatin yang disokong oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Ia turut melibatkan ramai artis popular yang telah bersetuju untuk sama-sama merakamkan lagu Harapan Tanpa Suara, ciptaan S.Atan dan lirik oleh Habsah Hassan.

Antara aris yang sudah mengesahkan untuk berganding bahu merakamkan lagu berkenaan ialah Datuk Siti Nurhaliza, Nawi, Erra Fazira, Anuar Zain, Msiha Omar, Aizat dan Adibah Nor.

Bercerita mengenai kes-kes pembuangan dan penderaan bayi, semua pihak tentunya bersimpati dengan kejadian seperti itu.

Menurut Habsah, dia amat sedih mengenangkan kejadian tersebut sehingga ada di antara mereka meninggal dunia dalam keadaan tragis.

Malah ada juga individu yang tergamak mendera kanak-kanak sehingga menyebabkan mereka menemui ajal.

Atas simpati itulah lirik Harapan Tanpa Suara dihasilkan bagi menggambarkan betapa bayi yang dibuang itu tersiksa kerana sikap ibu mereka sendiri.

Lirik itu kata Habsah dikarangnya selepas selesai menunaikan solat subuh.

Ketika mendengar lagu itu hatinya benar-benar tersentuh sehinggalah lahir sebuah lirik yang penuh syahdu.

"Rangkap pertama lirik itu saya bayangkan suara hati kanak-kanak yang tidak kesampaian. Harapan mereka untuk lahir sempurna seperti orang lain menjadi sebaliknya apabila mereka tidak sempat menatap dunia ini selepas dilahirkan," katanya.

Menurut Habsah lagi rangkap kedua pula menceritakan betapa anak-anak yang terbuang itulah sebenarnya akan kembali berbudi kepada ibu masing-masing apabila mereka sudah tua.

kasih sayangKatanya mungkin ketika membuang bayi mereka merasakan sudah hilang bebanan tetapi untuk tempoh jangka masa panjang si anak itulah sebenarnya yang akan memberikan kasih sayang terhadap orang tuanya.

"Anak itu walaupun lahir tanpa perkahwinan si ibu yang sah, tetapi apabila dewasa dia akan menjadi manusia berguna jika diasuh dengan baik.

"Ia juga akan berjasa kepada masyarakat dan ibu atau bapanya sendiri. Saya harap mereka yang melakukan perbuatan tidak bermoral itu insaflah dengan kekejaman sendiri," katanya.

Sebagai seorang ibu dan nenek yang sudah mempunyai tiga orang cucu, Habsah turut berkongsi perasaan syahdu apabila setiap pagi dia bersenam di kawasan perumahannya.

Katanya dia akan melihat monyet berkeliaran dan ada di antara haiwan itu tidak akan melepaskan anak mereka dibadan.

Tetapi sayang sekali manusia tergamak bertindak kejam terhadap anak sendiri.

"Hati saya tersentuh melihat monyet bergurau-gurauan dengan anak mereka. Apabila ingin memanjat pokok, anak-anak akan memeluk erat ibu masing-masing.

"Begitu mulia kehidupan haiwan yang mempunyai kasih dan sayang kepada zuriatnya tetapi sayang sekali perasaan itu tiada pada diri manusia," jelasnya.

Kata Habsah lagi jika ada di antara wanita atau gadis diluar sana yang sedang mengandungkan anak tanpa bapa, janganlah bertindak diluar kewarasan.

Janganlah sesekali menyiksa anak-anak itu kerana mereka tidak bersalah. Seharusnya tidak wajar dibenci.

Dan mereka yang melakukan kesilapan pula hendaklah bertaubat serta ingatlah yang Allah itu maha penyayang dan pengampun.

"Mereka haruslah memohon taubat daripada Allah dan kepada anak itu sendiri kerana di akhirat nanti anak-anak tersebut akan menanti ibu mereka di pintu syurga," katanya.

Sementara itu S.Atan pula yang selama ini banyak menghasilkan lagu Irama Malaysia menceritakan dia mengambil masa yang singkat menghasilkan lagu itu.

S.Atan berkata lagu tersebut dicipta dengan membayangkan anak-anak mangsa dera dan mereka yang meninggal dunia akibat ditinggalkan.

Maka lahirlah sebuah melodi mendayu yang tentunya akan menyebabkan jiwa sesiapa yang mendengarnya menjadi syahdu.

"Saya ada lima orang anak berusia 14 hingga 25 tahun. Mereka dibesarkan dengan kasih sayang saya dan isteri.

"Dalam masa yang sama saya juga bercadang untuk mengambil anak angkat atas dasar cintanya saya kepada kanak-kanak. Tapi sayang kerana faktor usia saya, permohonan saya tidak diluluskan," katanya.

Sementara itu Presiden Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan), Datuk Freddie Fernandez yang mempunyai empat orang anak berusia antara lima hingga sepuluh tahun bercerita hidupnya tidak lengkap tanpa anak.

Jika penat serta menghadapi tekanan kerja, anak-anak sebenarnya mampu menghilangkan tekanan itu.

"Saya seorang bapa yang sayangkan anak-anak. Saya tertanya-tanya kenapa ada insan yang sanggup membuang anak yang dilahirkan walaupun kelahiran itu tanpa perkahwinan yang sah," katanya.

Jelas Freddie, usaha yang digerakan oleh Utusan adalah satu langkah yang amat bijak agar semua pihak tidak memandang remeh terhadap gejala pembuangan bayi.

Nasihat Freddie, sekiranya ada insan yang hilang arah dan tidak tahu bagaimana hendak menyerahkan bayi yang dilahirkan, jangan takut untuk menghubungi talian Nur dengan mendail 15999.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:46
Zuhur 1:07
Asar 4:15
Maghrib 7:09
Isyak 8:18



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.