saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 29/03/2010

Empat kaedah tangani isu buang bayi


SHAHRIZAT Abdul Jalil bersama timbalannya, Chew Mei Fun (dua dari kanan) dengan Pengurus Besar Kanan Tropicana Mall, Herman Tan (kiri) dan Ketua Pengarah Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara, Datuk Aminah Abdul Rahman pada Karnival Utamakan Keluarga di Kuala Lumpur, semalam.


PETALING JAYA 28 Mac – Empat kaedah di bawah Dasar Perlindungan Kanak-Kanak yang terkandung dalam Akta Kanak-Kanak 2001 iaitu advokasi, pencegahan, sokongan dan penyelidikan akan digunakan untuk menangani isu penderaan kanak-kanak dan buang bayi yang dilaporkan semakin berleluasa sejak kebelakangan ini.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, kementerian dengan semua agensi yang terlibat akan mengadakan perbincangan untuk melaksanakan strategi tersebut dalam isu berkenaan.

Menurutnya, advokasi (memberi tumpuan kepada punca pembuangan dan penderaan terhadap kanak-kanak) perlu untuk mengatasi pengabaian, penderaan dan pembuangan kanak-kanak kerana perbuatan tersebut bukan budaya rakyat negara ini.

“Kaedah pencegahan iaitu menangani permasalahan secara saintifik dilakukan dengan bantuan pihak polis, manakala khidmat nasihat dan penyelidikan akan dijalankan dengan bantuan pakar untuk mengetahui secara lebih mendalam bagaimana ia berlaku.

“Diharap empat kaedah utama yang akan diberi penekanan ini dapat dijalankan bersama semua agensi dan individu yang prihatin. Kita mahu perkara ini diselesaikan segera,” jelasnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Utamakan Keluarga: Sehati, Sejiwa Untuk Keluarga di pusat beli-belah Tropicana City Mall anjuran Persatuan Kemajuan Wanita Selangor di sini hari ini.

Pada majlis itu, Shahrizat turut memaklumkan bahawa Tropicana City Mall bersetuju menjadikan Dasar Perlindungan Kanak-Kanak sebagai program angkat bagi menyokong kempen Kami Prihatin anjuran Utusan Malaysia dengan kerjasama kementerian itu, Karyawan dan Astro.

Persetujuan itu menjadikan Tropicana City Mall sebagai pusat beli belah pertama yang bekerjasama dalam kempen itu.

Shahrizat turut menyarankan semua syarikat khususnya yang berkaitan perladangan menjadikan Dasar Perlindungan Kanak-Kanak sebagai program angkat masing-masing.

Menurutnya, langkah itu bagi mempergiatkan lagi usaha kerajaan untuk menangani masalah pembuangan bayi dan masalah sosial terutama di kalangan remaja.

Katanya, menerusi pendekatan itu secara tidak langsung syarikat tersebut akan melaksanakan program- program pencegahan yang lebih tersusun sekali gus dapat mengurangkan beban kerajaan untuk mengatasi semua masalah itu.

‘‘Kita sememangnya mengharapkan supaya syarikat-syarikat contohnya syarikat pengeluaran getah dan estet serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta individu bekerjasama dengan kerajaan serta Utusan Malaysia untuk berkempen dalam mencegah kegiatan jenayah terhadap kanak-kanak menerusi Kami Prihatin.

‘‘Bukan itu sahaja, kita juga meminta supaya semua bangsa tidak kira agama perlu lebih sensitif terhadap masalah ini, jangan sekadar pandang ringan sahaja. Ini perkara serius,” katanya.

Sementara itu, beliau turut mengulas kes terbaru pembuangan bayi yang berlaku di Kampung Melayu Subang, Selangor semalam yang mana seorang bayi lelaki ditemui mati berhampiran sebuah kilang simen dengan keadaan tangannya bercerai daripada badan kerana digigit oleh sekumpulan anjing yang berkeliaran di kawasan berkenaan.

Kata Shahrizat, kejadian yang menimpa bayi itu sangat kejam dan kementerian serta pihak berkuasa tidak akan membiarkan perkara tersebut berleluasa dan akan bertindak secepat mungkin bagi menangani permasalahan tersebut.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:01
Asar 4:18
Maghrib 7:00
Isyak 8:10



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.