saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 29/03/2010

Puteri UMNO gesa tubuh pasukan khas di setiap IPD

KUALA LUMPUR 28 Mac - Puteri UMNO menggesa kerajaan menubuhkan satu pasukan khas bagi menangani kes penderaan kanak-kanak dan jenayah buang bayi di setiap ibu pejabat polis daerah (IPD) untuk memastikan siasatan kes tersebut dijalankan dengan segera dan berkesan.

Ketuanya, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, pasukan tersebut perlu dilengkapi dengan anggota dan pegawai penyiasat yang mempunyai pengetahuan serta latar belakang jenayah kanak-kanak supaya siasatan kes dapat dijalankan dengan cekap.

"Penubuhan pasukan itu juga akan memastikan tugas hakiki anggota dan pegawai polis tidak terjejas kerana tumpuan siasatan kes dera dan buang bayi yang semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Rosnah berkata, gejala pembuangan bayi serta penderaan kanak-kanak sememangnya menuntut satu mekanisme yang berkesan termasuk menubuhkan satu pasukan khas itu.

"Puteri UMNO juga berharap masyarakat secara keseluruhannya memberi sokongan kepada setiap usaha yang dilaksanakan kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan dan pelbagai pihak.

"Ini termasuk usaha Utusan Malaysia melancarkan Kempen Kami Prihatin baru-baru ini untuk menyedarkan masyarakat tentang peranan mereka membantu memerangi jenayah tersebut," katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, Puteri UMNO turut menyokong kenyataan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan supaya masyarakat tidak memandang hina wanita yang hamil anak luar nikah.

Sebaliknya, kata Rosnah, masyarakat perlu menggunakan pendekatan berhemah untuk menyedarkan mereka tentang kesilapan yang telah dilakukan golongan itu.

"Lebih daripada itu, bayi yang dikandung wanita terlanjur sememangnya tidak berdosa tetapi akibat cemuhan masyarakat boleh menyebabkan wanita terlibat bertindak di luar kewarasan dengan membuang bayi itu," katanya.

Tambahnya, masyarakat sebenarnya mempunyai peranan penting untuk memastikan gejala seperti itu tidak terus berlaku.

Sementara itu, di Bagan Serai, Perak, Rosnah meminta semua ahli Puteri UMNO menjadi 'mata dan telinga' dalam usaha membantu kerajaan membendung gejala buang bayi yang kian meningkat kebelakangan ini.

Menurutnya, setiap ahli di peringkat akar umbi juga perlu melaporkan sebarang kes buang bayi yang berlaku kepada mana-mana balai polis.

Sehubungan itu, juga, katanya, Puteri UMNO bersama Puteri parti-parti komponen BN akan melancarkan program berkaitan gejala pembuangan bayi di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada 4 April ini.

"Program ini antara lain diharap dapat mencari jalan penyelesaian terhadap jenayah buang bayi yang semakin meningkat," katanya selepas menutup Konvokesyen ke-10 Program Sihat Untuk Remaja (Prostar) di Bukit Merah Laketown Resort.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:46
Zuhur 1:07
Asar 4:15
Maghrib 7:09
Isyak 8:18



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.