saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 29/03/2010

Ahli perniagaan mahu jayakan Kami Prihatin


V.S Swaminathan membaca ruangan Kami Prihatin dalam akhbar Mingguan Malaysia semasa berkunjung ke pejabat Utusan di Kuala Lumpur, semalam.


KUALA LUMPUR 28 Mac - Gejala pembuangan bayi yang semakin kerap berlaku di negara ini mendorong seorang ahli perniagaan, Datuk Seri V.S Swaminathan tampil menyatakan kesediaannya membantu menjayakan kempen Kami Prihatin anjuran Utusan Malaysia.

Swaminathan, 49, yang baru dilantik sebagai Exco Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) semalam memberitahu, beliau akan menggunakan pengalamannya dalam menyampaikan ceramah berhubung gejala sosial untuk membantu kempen itu.

Malah, beliau turut terharu dengan usaha akhbar ini yang begitu mengambil berat tentang hal kebajikan masyarakat dan bersedia memberi sebarang bantuan lain termasuk kewangan dan tenaga.

"Ini yang dikatakan akhbar rakyat, sebagai sokongan saya bersedia menghulurkan bantuan jika kempen itu memerlukan sebarang pertolongan sama ada kewangan atau kebendaan.

"Saya juga akan membawa slogan kempen Kami Prihatin dalam ceramah yang akan disampaikan dalam setiap majlis yang saya hadiri jika diizinkan Kumpulan Utusan," katanya ketika datang ke ibu pejabat Utusan Malaysia di sini hari ini.

Kempen Kami Prihatin dianjurkan oleh Utusan Malaysia dengan kerjasama Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Karyawan serta Astro.

Ia diadakan bagi membangkitkan kesedaran masyarakat tentang kes-kes pembuangan bayi yang kini semakin menjadi-jadi.

Swaminathan pada masa yang sama berkata, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) lain juga sepatutnya bergerak bersama media untuk memulihkan segelintir masyarakat yang berlaku kejam terhadap kanak-kanak dan bayi.

"Kita perlu segera membanteras gejala pembuangan bayi dan penderaan kanak-kanak sebelum ia berlarutan.

"Sekarang saya lihat gejala pembuangan bayi dan penderaan kanak-kanak agak membimbangkan semua pihak tanpa mengira bangsa dan agama," tegas beliau.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:46
Zuhur 1:07
Asar 4:15
Maghrib 7:09
Isyak 8:18



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.