saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 30/03/2010

Kepemimpinan baru Perkasa gabungan pelbagai kepakaran

KUALA LUMPUR 29 Mac – Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) yakin barisan kepemimpinan barunya bagi penggal 2010-2013 dapat melaksanakan agenda mempertahankan hak bumiputera secara lebih tersusun.

Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, ia kerana barisan kepemimpinan itu adalah gabungan tokoh dan aktivis yang berpengalaman dalam bidang masing-masing.

“Gabungan pelbagai latar belakang ini bertujuan memberi nilai tambah kepada barisan kepemimpinan Perkasa supaya lebih berwibawa.

“Dulu orang kata pemimpin Perkasa ramai orang politik, sekarang kepemimpinannya pelbagai, terdiri daripada orang yang berwibawa dan tidak perlu dipertikaikan lagi,” katanya kepada Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Kepimpinan baru Perkasa dipilih dan dilantik pada Mesyuarat Agung Kali Pertama di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) yang dihadiri lebih 10,000 ahli pada Ahad lalu.

Dalam perkembangan berkaitan, Ibrahim berkata, Perkasa juga melantik lapan ahli jawatankuasa yang mempunyai kewibawaan tersendiri antaranya bekas Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Samsuri Arshad; bekas pegawai tinggi tentera, Brigedier Jeneral (B) Ir. Ahmad Sujak; tokoh akademik, Prof. Datuk Dr. Ramlah Adam dan pakar undang-undang, Prof. Madya Datuk Halim Sidek.

Ibrahim berkata, selaku orang yang kaya dengan pengalaman, tokoh-tokoh itu akan menyumbang buah fikiran sementara pelaksanaannya akan diserahkan kepada aktivis masyarakat dalam kepemimpinan Perkasa.

“Begitu juga dengan lima Naib Presiden kali ini, ia merupakan gabungan tokoh ekonomi, agama dan ahli perniagaan.

“Kami yakin gabungan kepemimpinan ini mampu memperkasakan Perkasa sekali gus menyemarakkan perjuangan mempertahankan perkara yang menjadi hak bumiputera,” katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.